... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 12, 2015

Laporan Bertugas Minggu Pertama 2015 (Sesi Petang)

Tarikh   : 12 Januari 2015
Masa    :  1.20 petang - 2.10 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru Bertugas
1. Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji
2. En. Wan Mohd Roswandy bin W. Ibrahim
3. Pn. Suriyana binti Nanyan
4. Pn. Yusnita binti Yunus
5. Pn. Nor Azian binti Ahmad
6. Pn Nor Arzah binti Hussin

Laporan

1Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Pn. Arnny Yusnita Md Enarji.
2. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dibawah pimpinan Pn. Salmi Amir.
3. Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zunaidi Jinalabin.
4. Bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Pn. Arnny Yusnita Md Enarji.
5. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

Ucapan Guru Penyelaras Tahun 1, Pn. Nora Sabih

1. Program Transisi Tahun 1:
  • Tempoh pelaksanaan transisi selama 10 hari bermula 12 Januari hingga 23 Januari 2015.
  • Jadual sepanjang transisi : 
          Isnin hingga Rabu - 1.10 petang -6.40 petang
          Khamis                 - 1.10 petang hingga 6.10 petang 
          Jumaat                 -2.10 - 6.10 petang
  • Ibu bapa perlu menyediakan file pocket untuk kegunaan sebagai fail transisi.
  • Sepanjang minggu transisi, murid-murid tidak perlu membawa buku teks, buku aktiviti dan buku tulis.
  • Penggunaan tanda nama sementara hendaklah dipakai setiap hari sehingga 31 Januari 2015. Lengkapkan nama ibu bapa dan nombor telefon di bahagian tanda nama tersebut.
2. Buku komunikasi hendaklah dibawa setiap hari.
3. Pastikan semua buku murid ditulis nama dan kelas.
4. Bawa alat tulis ke sekolah.
5. Jadual waktu kelas akan diedarkan pada hari Khamis, 22 Januari 2015 dan akan bermula pada hari Isnin, 26 Januari 2015.
6. Ibu bapa hendaklah mengambil murid di Pagar B
7. Ibu bapa digalakkan untuk membeli buku aktiviti yang dijual di kedai buku.
8. Memperkenalkan Guru Kelas Tahun 1 2015

Ucapan Guru Displin, Pn. Wan Sarinah Wan Ibrahim

1. Murid hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 10 minit sebelum waktu PdP yang pertama bermula dan mematuhi waktu tamat persekolahan seperti yang ditetapkan.
          Isnin      :  1.20 petang - 6.40 petang
          Selasa   :  1.20 petang - 6.40 petang
          Rabu     :  1.20 petang - 6.40 petang
          Khamis :  1.20 petang - 6.10 petang
          Jumaat  :  2.20 petang - 6.40 petang
2. Murid-murid tidak dibenarkan membawa barangan berikut ke sekolah:

          - Gunting
          - Pembaris besi
          - Pisau
          - Liquid Paper
          - Permenant Marker Pen
3. Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid:
Bahagian poket dibiarkan kosong tanpa sebarang jahitan atau tampalan lencana dan tanda nama. Lencana sekolah berada di atas tanda nama. Tanda nama pula berada di bawah lencana sekolah.
4. Ibu bapa dan penjaga serta pemandu van atau bas hanya dibenarkan menurun dan  mengambil murid di Pagar B. Manakala Pagar A hanya dikhususkan untuk laluan guru dan murid berbasikal sahaja.

Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah binti Jamat
  • Mengucapkan Selamat Datang kepada murid-murid Tahun 1.
  • Semoga murid-murid berasa gembira berada di sekolah.
  • Murid-murid Tahun 2 dan 3 diminta membantu murid-murid Tahun 1 jika ada di antara mereka tidak tahu kedudukan tandas, surau dan sebagainya.
  • Murid-murid tidak perlu merasa gerun atau takut dengan guru-guru Tahun 1.
Ucapan Guru Besar, Pn. Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali:

1. Ucapan alu-aluan:
  • Mengalu-alukan kehadiran murid ke sesi persekolahan 2015 terutama kepada murid Tahun 1, yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan .
  • Semoga warga SKTPP dapat bekerja dengan lebih bersemangat di tahun 2015 ini.
2. Pengenalan Tahun 1 :
  • Jumlah murid Tahun 1 pada tahun ini adalah seramai 320 orang.
  • Kohot kelas Tahun 1 pada tahun 2015 adalah bersempena nama-nama logam.
3. Pengenalan Sekolah :
  • Guru yang bertugas di sekolah ini adalah seramai 121 orang, namun sekolah masih kekurangan seramai 4 orang guru lagi (opsyen Bahasa Melayu).
  • Jumlah kelas sesi petang adalah sebanyak 28 buah. Pagi - 26 buah kelas
4. Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BKAP) RM100 :
  • Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 akan diadakan pada hari Rabu, 14 Januari 2015, bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Perdana SKTPP.
  • Memo mengenai perkara ini akan diedarkan kepada murid pada hari ini oleh guru kelas masing-masing. Makluman telah dimasukkan dalam blog sekolah, sistem ezy sms dan facebook sekolah.
5. Sambutan Maulidur Peringkat Taman Putra Perdana :
  • Pada tahun ini, SKTPP telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Putra Perdana.
  • Majlis ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 17 Januari 2015 bertempat di Dewan Perdana, SKTPP.
  • Ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Penutup
  • Diharap ibubapa dapat menjalinkan kolaborasi yang lebih mantap dengan para guru demi kecemerlangan sekolah dan agar lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa akan datang.
Pengacara Majlis, Pn. Arnny Yusnita
 ( Ketua Kumpulan A )
Guru Besar SKTPP, Pn. Hajjah Rohaidah Mohd Ali sedang menyampaikan  ucapan.
Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah Jamat



Barisan guru bertugas Kumpulan A
 (Tiada dalam gambar : En. Wan Roswandy)
Wajah-wajah ceria murid Tahun 2 dan 3

Laporan Transisi:

Objektif Program Transisi adalah seperti berikut :

1) Membantu mengubah sikap murid-murid daripada negatif kepada positif ke sekolah.
2) Membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan baharu  
   dalam masa yang singkat.
3) Guru-guru dapat menyelaras keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh
    sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun satu
4) Meningkatkan minat dan semanagat murid untuk datang ke sekolah.

Berikut gambaran hari pertama persekolahan :

Barisan Guru Tahun 1
Ucapan daripada Pn Nora bt Sabihi (Penyelaras tahun 1) & Pn Azizah bt Ab Hamid (Penyelaras Transisi
Ragam Murid
Murid Tahun 1 2015

Murid bergerak ke kelas
Aktiviti di dalam kelas

Laporan Mingguan disediakan oleh:
Nor Azian binti Ahmad
Guru Bertugas Mingguan

Laporan Transisi disediakan oleh:
Nor Arzah binti Hussin

No comments:

Post a Comment