Wednesday, January 14, 2015

Mesyuarat AJK Sambutan Maulidur Rasul peringkat TPP

Malam ini berlangsung Mesyuarat kali ke-3 Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Putra Perdana pada jam 9.00 malam. Sambutan buat kali ke-5 tahun ini bakal diadakan di SKTPP. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Rushdan ini dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk seluruh Taman Putra Perdana, Ketua Polis Balai TPP serta AJK Induk yang telah dilantik. SKTPP dihadiri oleh Guru Besar, Ustaz Mahadir, Ustaz Zurilazaman dan Ustazah Norlida. Tahniah atas pemuafakatan dan kerjasama ini. Semoga majlis yang dirancang ini akan berjalan lancar dan meriah...


No comments:

Post a Comment