Monday, January 26, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan Ke- 3 (Sesi Pagi)

Guru-guru Bertugas:

Encik Tarmiji
Puan Norli
Puan Norhana
Puan Halimatun Saadiah
Puan Norhamizah
Cik Mazidah
  
LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan   Azwani.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).

Laporan / Ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Pazli)
  1. Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa pas keluar.
  2. Murid yang menggunakan basikal ke sekolah dikehendaki menolak atau menuntun basikal semasa memasuki dan keluar dari pagar sekolah. 
Ucapan Guru bertugas (Puan Norli)
  1.  Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  2. Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah
 Pakaian Seragam Sekolah
  • Semua murid perempuan dikehendaki memakai blaus putih berlengan pendek serta pinafore berwarna biru tua dan labuh skirt hendaklah sampai di bawah lutut dan tidak terlalu besar untuk murid bukan Islam.
  • Murid perempuan Islam dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih kosong dan di butang di bahagian leher serta tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih tanpa kerongsang.
  • Semua murid lelaki pula berseluar panjang berwarna biru tua serta kemeja putih berlengan pendek dan tali pinggang sama ada berwarna hitam atau biru tua sahaja.
  • Murid perlu memakai kasut kanvas berwarna putih,lambang berjalur,berwarna,beroda atau but tidak dibenarkan.
  • Murid tdilarang berambut panjang,rambut berfesyen dan menyimpan ekor rambut.Murid perempuan yang berambut panjang dikehendaki mengikatnya dengan kemas dengan reben dan cekak rambut berwarna biru tua atau hitam sahaja.Dilarang memakai hiasan di kepala atau di rambut.Dilarang memekali barang kemas atau perhiasan.
  • Semua murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menggunakan gel,mewarnakan rambut atau berfesyen.Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Peraturan Sekolah yang di sediakan.
Penyampaian cenderamata kepada Peserta Kejohanan Boling Tenpin, MSSD Sepang, di Arena Bowl, Airport Complex Nilai.

No: 4 , Adik ChooBoa Xuan

No: 3 , Balqis Dayana Bt Khairul Rofai


Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SKTPP disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan SKTPP dari Balai Polis Putra Perdana Puchong. (Koperal Nik Mohd Nizam Bin Ramli)



Ucapan Penolong Kanan SKTPP (Encik Ahmad Fuadi bin Sarham)
  1.  Meminta murid memaklum pada ibubapa untuk memberi sumbangan kepada sekolah dalam bentuk apa sahaja bagi menceriakan sekolah dan membaiki kerosakan peralatan dan Prasarana sekolah.Sumbangan tersebut bolehlah diserahkan melalui guru kelas masing-masing.
  2. Meminta murid menjaga buku teks dengan baik dan membalutnya dengan sempurna. Murid juga dikehendaki menulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan di dalam buku teks.
  3. Beliau juga mengingatkan semua murid supaya menghormati guru serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar agar ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan.

No comments:

Post a Comment