Sunday, January 18, 2015

Sambutan Maulidul Rasul 2015

  Buat julung-julung kalinya pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan dengan 17 Januari 2015, SK Taman Putra Perdana dijadikan lokasi untuk sambutan Maulidul Rasul Peringkat Taman Putra Perdana.  Sambutan memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W. ini adalah acara tahunan yang dijalankan sebagai salah satu aktiviti untuk semua warga Taman Putra Perdana khususnya dan seluruh umat Islam amnya.

  Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum perarakan oleh setiap komuniti di sekitar Taman Putra Perdana yang turut serta mengambil bahagian.  SK Taman Putra Perdana juga turut serta dalam upacara perarakan ini.  Alunan selawat memuji nabi junjungan Nabi Muhammad, lunak berkumandang di sekitar Taman Putra Perdana sepanjang perarakan ini.

  Usai perarakan, majlis diteruskan pula dengan beberapa acara santapan rohani yang dijalankan di dewan SK Taman Putra Perdana.  Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Putra Perdana terutama Panitia Pendidikan Islam yang telah berjaya memastikan majlis berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan.  Sesungguhnya kelancaran majlis ini adalah kerjasama dari kita semua.

  Ayuh kita lihat gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera SKTPP.
Bersedia untuk berarak


Bacaan doa sebelum perarakan bermula
Berarak sambil berselawat






Barisan VIP
Ustaz Zunaidi membacakan doa bagi memberkati majlis
Ucapan alu-aluan oleh En. Rusydan bin Muhammad
Alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh si cilik Iman Syahrizam bin Ijam dari SK Taman Putra Perdana 2
Persembahan Nasyid oleh tuan rumah, SK Taman Putra Perdana
Ceramah menarik oleh penceramah jemputan Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad
Penyerahan sijil-sijil Penghargaan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd. Ali

No comments:

Post a Comment