Tuesday, January 27, 2015

Majlis Permuafakatan Bersama Sekolah Agama


Satu perjumpaan dan perbincangan bersama antara SK Taman Putra Perdana dan SK Taman Putra Perdana 2 bersama pihak pentadbir sekolah-sekolah agama di sekitar kawasan Putra Perdana telah diadakan pada 27 Januari 2015 (Selasa) pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana.
    Mesyuarat ini telah dihadiri oleh badan pentadbir tertinggi sekolah-sekolah berkenaan yang mana SKTPP diwakili oleh Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali (Guru Besar) En. Ahmad Fuadi b. Sarham (PK 1), Pn. Jamilah bt. Arifin (PK HEM) serta beberapa orang guru Tahun Enam. Manakala SK Taman Putra Perdana 2 diwakili oleh En. Kamsani b.Sahlan (Guru Besar) dan Pn. Siti Hanim Sungit (PK 1). Sekolah Rendah Agama Putra Perdana diwakili oleh Pn. Fasehaton bt. Paujan dan Pn. Jaiton bt. Jamil manakala Pn. Nik Mas bt. Jais mewakili KAFA Nuraddin dan Pn. Aishah bt Saad selaku  Guru Penyelaras SAR / KAFA An-Najjah Putra Perdana. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana iaitu Tuan Haji Khairul Azhar b. Mohammad Suffian.
    Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi mencari kata putus serta perbincangan berkenaan hala tuju serta permuafakatan bagi pelajar Tahun 6 yang menduduki UPSR dan juga ujian PSRA bagi sekolah agama. Ianya mencakupi permasalahan berkaitan pertindihan kelas tambahan, penyelarasan ujian dan peperiksaan serta masalah-masalah dan perkara lain yang berbangkit. Kesimpulannya, satu kata putus  telah diambil di mana bagi Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1, Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Rabu dari jam 2.00 - 4.00 petang, dan juga hari Sabtu 8.00 - 12.30 tengah hari. Manakala untuk SK Taman Putra Perdana 2, kelas tambahan akan diadakan pada hari Selasa dan Khamis dari jam 1.30 - 3.00 petang dan juga hari Sabtu dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi. Kelas tambahan bagi  sekolah rendah  agama pula  akan diadakan pada hari Sabtu petang dari jam 2.00 - 6.00 petang. 
    Mesyuarat ini telah berjalan lancar dan harmoni. Beberapa permasalahan yang berkait dengan murid-murid Tahun 6 telah dibincangkan dengan mendalam dan dapat diselesaikan dengan baik sekali. Terima kasih atas pemuafakatan yang ditunjukkan hari ini. Semoga komitmen ini akan dapat diteruskan lagi demi kebajikan anak-anak murid kita. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.002 tengah hari. 

 

Semoga bertemu lagi dalam majlis pemuafakatan yang serupa pada masa depan

No comments:

Post a Comment