Friday, January 23, 2015

Pameran & Ceramah Antidadah

Tarikh     : 23 Januari 2015 (Jumaat)
Masa      : 8.30 pagi
Tempat  : SK Taman Putra Perdana
Sasaran : Semua murid Tahap 2 & Pra Sekolah

Dalam mencapai misi Sekolah Bebas Dadah, Unit PPDa telah merancang satu aktiviti iaitu Pameran & Ceramah Antidadah bagi permulaan tahun 2015.

Aktiviti ini dirancang bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah serta menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjerus kepada penyalahgunaan dadah.

Terlaksananya aktiviti ini sekaligus dapat meningkatkan keazaman warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.


Buku Program 
Murid Pra kumpulan pertama dibawa ke Pameran Antidadah

Murid Tahun 4 & 5 bersama petugas pameran di dalam bas AADK

Murid memberi fokus yang baik semasa penerangan diberikan
Pn Roseniza bt Setapa sebagai pengacara majlis untuk aktiviti Ceramah Antidadah
Ustaz Zurilazman memimpin bacaan doa 

Tetamu yang hadir : En Zulfikri b Abu Samian (PKD Sepang), En Firdaus b Abu Talib (Penceramah daripada AADK) dan turut memberi sokongan Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG)

Sahabat PPDa juga membantu dalam aktiviti pameran ini

Ceramah Antidaadh disampaikan oleh En Muhammad Firdaus b Abu Talib

Sesi soal jawab

Penyampaian sijil penghargaan kepada tuan penceramah




Disediakan oleh ,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment