... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 19, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Rasmi Mingguan Ke-2 (Sesi Pagi)

GURU-GURU BERTUGAS

Puan Norhafiza
Puan Salasiah
Puan Visva Vilasini
Puan Musaliha
Puan Azwani
Puan Noriza
Encik Pazli
Puan Rosmaria

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar(6 Wira).
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan   Azwani.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).

Laporan / Ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Mahadir)
  1. Murid-murid yang sakit tidak perlu datang ke sekolah. Buat surat kepada guru kelas.
  2. Ketika pulang ke rumah,  murid-murid tidak dibenarkan melalui dewan perdana kerana mengganggu perjalanan perhimpunan sesi petang.
     Ucapan guru bertugas (Puan Azwani)
  1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  2. Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah.
  3. Murid-murid boleh membeli Buku Disiplin di kedai buku sekolah.
  4. Pelajar-pelajar perlulah mematuhi peraturan-peraturan yang berikut:
        ~Pakai lencana sekolah dan tanda nama
        ~Jaga harta benda sekolah dan kebersihan di dalam kelas serta kawasan sekitar sekolah
        ~Makan dan minum di kantin sahaja


Ucapan guru disiplin (Encik Shahrizal)


Para pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.  Guru disiplin telah mengingatkan beberapa peraturan seperti yang berikut:
  • Penggunaan pintu pagar sekolah
  • Pintu pagar A1 – khas untuk murid-murid yang berjalan kaki dan untuk kenderaan masuk
  • Pintu pagar A2 – khas untuk murid-murid yang menaiki basikal
  • Pintu pagar B – khas untuk murid-murid yang menaiki kenderaan selain basikal
  • Murid-murid perlu hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Pengawas yang bertugas akan menulis nama pelajar yang datang selepas waktu tersebut.  Murid-murid yang datang lewat akan beratur di barisan ‘Murid datang lewat’ sewaktu perhimpunan di dataran perhimpunan
  • Murid-murid balik pukul 4.00 petang pada hari Rabu sahaja.
  • Rambut murid-murid lelaki mesti pendek, tidak berfesyen dan tidak ‘bergel
  • Murid-murid perempuan yang bertudung mesti memakainya dengan kemas dan yang tidak bertudung, rambut yang panjang mestilah berikat
  • Semua murid mesti memakai stokin dan kasut. Jika memakai pakaian sukan, pelajar lelaki wajib masukkan baju ke dalam seluar
  • Budaya Memberi Salam perlu diamalkan sentiasa
  • Murid yang keluar dari kelas mesti menggunakan Pas Keluar Kelas

Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
  1. Minggu pertama sesi persekolahan telah berjalan dengan lancar dan sistematik.  Keadaan sekolah kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Tahniah!
  2. Murid-murid dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik dan sentiasa mengikut arahan yang diberi.
  3. Lencana sekolah perlu dijahit di sebelah atas tanda nama pelajar.  Pelajar-pelajar perlu meminta ibu bapa untuk membetulkannya jikalau kedudukan lencana tidak mengikut susunan seperti yang telah dijelaskan.
  4. Semua pelajar lelaki dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari Isnin.
  5. Perhimpunan minggu ketiga setiap bulan akan dikendalikan oleh unit Kokurikulum seperti yang disarankan Kementerian. Pendidikan Malaysia
  6. Guru besar juga menekankan budaya memberi salam.  Murid-murid dinasihati untuk memberi salam apabila berselisih dengan guru-guru.        
  7. Murid-murid perlu hadir ke sekolah selewat-lewatya pada pukul 7.20 pagi.  Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlu memberi sama ada sijil cuti sakit atau surat bertulis kepada guru kelas.
  8. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan membawa bas pameran ke sekolah untuk memberi maklumat yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.  Semua murid perlu faham visi dan misi PPDa. Program PPDa akan diteruskan tahun ini.
  9. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir untuk sambutan Maulidul Rasul pada hari Sabtu yang lepas.
  10. Murid-murid diminta untuk menyampaikan pesanan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan berada di sekolah pada waktu rehat sesi petang (melibatkan pelajar tahun 1).
  11. Empat orang guru akan berpindah ke sekolah lain mulai minggu hadapan.  Guru-guru tersebut adalah Puan Khaironnajmi (Kedah), Puan Rosmaria (Wilayah Persekutuan Putrajaya), Puan Nor Syifa (Pulau Pinang) dan Encik Mohd Wahiduddin (Kedah).

No comments:

Post a Comment