Saturday, February 14, 2015

Kursus Pemantapan Jati Diri Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas


Tarikh   : 14 Februari 2015
 Masa    :  7.30 Pagi-1.00 Tengah Hari
Tempat : Sk Taman Putra Perdana

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit HEM dan Unit Pengawas Pusat Sumber SKTPP ini telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 177 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber.Kursus ini adalah bertujuan untuk membina nilai dan sikap yang berwibawa  dan berkaliber sebagai pemimpin. Ia juga untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus terhadap halangan dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka selain dapat memberi ruang kepada peserta untuk menunjukkan sifat kepimpinan dalam diri mereka.Sekaligus melahirkan pemimpin yang bebas daripada masalah sosial terutamanya DARIH.Penceramah jemputan iaitu Muhammad Afandi bin Yahaya telah berjaya menceriakan lagi kursus ini dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Berikut ialah aktiviti bergambar yang telah dirakamkan sepanjang kursus tersebut berlangsung… 

Pendaftaran Peserta

Bacaan Doa 

Slot Pertama - Ceramah Kepimpinan : Komitmen Dan Tanggungjawab Pemimpin Sekolah

Sesi Ceramah Oleh Penceramah Jemputan

Slot Kedua - Takmimat Bidang Tugas

Pengawas pusat sumber sekolah tekun mendengar taklimat bidang tugas pengawas pusat sumber yang dismapaikan oleh Pn.Siti Rabiah bt Mohammad.

Pn.Nor Azian bt Ahmad sedang memberi taklimat bidang tugas ketua kelas dan penolong ketua kelas tahap 1

Ketua kelas serta penolong ketua kelas tahap 2 sedang tekun mendengar taklimat bidang tugas yang disampaikan oleh Pn Safinatunajakh bt Mat Som

Slot Ketiga - Simulasi Berkaitan Tugas Dan Tanggungjawab


Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sedang tekun mengikuti slot simulasi berkaitan tugas dan tanggungjawab

Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YM Tg Norsyawaluddin bin Tg Mamat

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

 Kami Benci Dadah

 Pengawas Pusat Sumber Sekolah

 Kami Benci Dadah


Disediakan Oleh,
Salina Binti Mohd Tasu





No comments:

Post a Comment