Saturday, February 7, 2015

Program Kepimpinan Pengawas 2015

Tarikh : 7 Februari 2015
Masa : 7.45 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat & Dewan Perdana SKTPP

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Disiplin dan Unit Pengawas SKTPP ini telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 102 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas Sekolah. Ia diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pengawas dan melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain. Fasilitator jemputan iaitu Encik Isma Izuan, Encik Hanif bin Subki dan rakan-rakan dari IMPAC telah berjaya menarik minat pengawas dengan slot-slot ceramah mereka yang mengesankan serta banyak memberi kata-kata semangat. Berikut ialah aktiviti bergambar yang telah dirakamkan sepanjang program tersebut berlangsung...

Bacaan doa sebelum memulakan majlis 

Slot 1 - Motivasi pemimpin
Laungan kata-kata semangat oleh semua pengawas

Slot 2 - Kepimpinan Kumpulan

Slot 3 - 'Team Building' (Latihan Dalam Kumpulan)

Hasil idea kumpulan (Karangan menggunakan satu huruf)

Pembentangan hasil kerja kumpulan

Pembentangan hasil kerja kumpulan

Pembentangan hasil kerja kumpulan

Sesi fotografi pengawas sekolah bersama penceramah IMPAC dan guru-guru 
Kami Benci Dadah

No comments:

Post a Comment