... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 16, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-6 (Sesi Petang)

1.0 Guru- guru bertugas

  • Puan Azura Farina (Ketua)
  • Puan Nazahiyah
  • Puan Nora
  • Puan Nor Holwani
  • Puan Salmi Adnan
  • Puan Saadiah
 2.0 Atur cara

2.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah

2.2 Bacaan doa

2.3 Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya

2.4 Bacaan ikrar murid 

2.5 Laporan guru bertugas pada minggu lepas (Puan Yani) 
  • Saling menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah. Segala sampah sarap mestilah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan di segenap kawasan.
  • Murid- murid tidak dibenarkan membawa gunting ke sekolah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini
  • Murid- murid terutamanya murid Tahun 1 tidakdibenarkan menjerit kerana boleh menimbulkan kekecohan.
2.6 Ucapan guru bertugas (Puan Salmi Adnan)
  • Tema pada minggu ini adalah Hormat Kepada Ibu Bapa.
  • Ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab membawa kita ke dunia. Tanpa mereka maka tiadalah kita di dunia ini 
  •  Menjadi kemestian kepada setiap anak untuk sentiasa mentaati ibu bapa selagi tidak melanggar kewajipan agama.
Anak- anak haruslah sentiasa menjaga hati dan perasaan ibu bapa dengan mendengar setiap teguran dan bimbingan ibubapa, tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kesedihan dan kemarahan ibubapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibubapa.

2.7 LAWAD 
Bahasa Melayu 
sawang = sarang labah- labah

Bahasa Inggeris
teacher= guru

Bahasa Arab
rumah= منزل




No comments:

Post a Comment