Tuesday, February 3, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-4 (Sesi petang)

Guru- guru Bertugas:
1. Pn.Salina bt Tasu (Ketua)
2. Pn.Suzelawati bt Zakaria
3. Pn.Norlida bt Othman
4. Pn.Azizah bt Hamid
5. Pn.Ezza Hairani bt Zainuddin
6. Ustaz Ahmad Zunaidi bt Janalabin

Atur cara

Nyanyian (Dipimpin oleh Pn.Salmi bt Amir)
  •  Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

Bacaan Doa
  • Najwan Danish Danial bin Izwan Fazli (3 Surgeri)

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya
  • Pn.Salina bt Tasu

Bacaan Ikrar Murid
  •  Nuraneesa bt Mohd Abdul Aziz

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
    - Pn. Zabedah bt Othman

1. Beliau mendapati murid masih lagi membuang sampah merata-rata seperti di dalam longkang dan di dewan. Beliau berharap mulai minggu ini murid-murid membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.


2. Beliau memaklumkan mengenai barangan yang hilang dan tidak dituntut pada minggu lepas seperti botol air, dompet dsb. Barangan yang tidak dituntut akan diserahkan pada guru bertugas pada minggu ini.
 
Pn.Zabedah bt Othman
Ucapan Guru Bertugas minggu ini



- Pn. Salina bt Tasu
·     1. Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

·     2. Perkataan LAWAD:          BM - Membantu     BI– House (Rumah)    B.ARAB – ‘Ainun(Mata)

·     3. Tema Minggu ini: Peraturan  Sekolah  
          - Murid diminta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah      supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di sekolah seperti berlari-lari semasa menaiki tangga.

Pengumuman – Kokorikulum pada minggu ni berjalan seperti biasa iaitu UNIT BERUNIFORM.

Ucapan Guru Disiplin - Pn.Wan Sarinah

1. Murid dibenarkan menunggang basikal hingga ke tempat letak basikal.
- Beliau mengingatkan murid supaya berhati-hati semasa menunggang basikal yang melalui kawasan tempat letak kereta guru dan berkemungkinan ada  guru akan mengundur kereta mereka.

2. Murid perempuan yang tidak memakai tudung hanya dibenarkan menggunakan pengikat rambut atau skaf rambut berwarna hitam, putih dan berwarna biru gelap sahaja. Warna selain daripada itu adalah tidak dibenarkan.
 
Guru Disiplin Sesi Petang

Penyampaian Cenderamata kepada Peserta Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang yang telah berlangsung di Dewan SMK Putra Perdana minggu lepas

  
Adik Nur Alin Sazlin (3 Respiratori)
 Johan Kategori Individu Bawah 12 Tahun Kejohanan Ping Pong MSSD


 Ucapan PK Petang SKTPP - Pn. Rosmah bt Jamat

1. Memaklumkan Selasa 3 Februari 2015 adalah Cuti Umum Thaipusam.

2. Beliau meminta murid membaca Banner Motivasi yang tergantung di tiang-tiang dewan perdana mengenai adab-adab sebagai murid sekolah.     

Pn.Rosmah bt Jamat

Ucapan Guru Besar SKTPP - Pn.Hjh Rohaidah bt Mohd Ali 
  
1. Beliau memaklumkan semua murid perlu hadir ke sekolah kecuali sakit dan ada hal-hal kecemasan.

2. Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada hari Sabtu lepas. Beliau berharap semua ibubapa dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG akan datang. Beliau memaklumkan bayaran sumbangan PIBG SKTPP masih kekal iaitu sebanyak RM50.00 per keluarga.

3. Beliau juga memaklumkan bahawa masih terdapat ibubapa yang menunggu anak di sekolah dan menghantar makanan pada waktu rehat. Beliau menasihatkan agar murid–murid di sekolah terutamanya murid Tahun 1 dapat berdikari seperti membeli makanan di kantin dsb.

Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Perhimpunan rasmi mingguan berakhir pada jam 2.05 petang.


Disediakan oleh:
Pn. Suzelawati binti Zakaria
3 Februari 2015

No comments:

Post a Comment