... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, February 7, 2015

Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6


Animated Graduation Gif Grad_6_28.gif

Alhamdulilah, pada hari ini, 7 Februari 2015, telah berlangsung Majlis Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6. Program ini disambut baik dengan kehadiran para ibu bapa yang begitu komited dalam memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. Turut hadir bersama pihak pentadbir sekolah dan juga guru-guru ialah YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Sufian.

Program ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini, Pelbagai agenda disusun dengan teliti agar dapat mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Antara agenda yang dibincangkan dan dikongsi bersama dalam majlis ini ialah penerangan program-program peningkatan UPSR 2015, penetapan target dan sasaran, format dan keperluan bagi setiap subjek teras serta taklimat Zoom A.

Berikut merupakan sedikit paparan video sepanjang program berlangsung.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

  

No comments:

Post a Comment