Tuesday, February 17, 2015

Program Sehari Selembar Benang

Program Sehari Selembar Benang ini merupakan program kecemerlangan UPSR yang dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Program ini bermula mulai 7.00 pagi hingga 7.30 pagi kerana pada waktu pagi ini murid-murid lebih mudah untuk menerima ilmu pengetahuan. Selepas loceng berbunyi, murid-murid masuk ke kelas seperti biasa untuk meneruskan pembelajaran.

Pada setiap hari Selasa, murid-murid diberi latihan kertas Sains dan Bahasa Inggeris, manakala pada hari Khamis pula Bahasa Malaysia dan Matematik. Program ini dijalankan agar murid-murid dapat menggunakan masa yang terluang untuk menambahkan ilmu walau pun sedikit. Pengetahuan yang sedikit ini akan dapat menambahkan lagi ilmu murid-murid Tahun 6 ini.

Berikut adalah gambar ketika program ini dijalankan pada hari Selasa 17.2.2015...







Disediakan oleh,
Zailezah Bt Sardi

No comments:

Post a Comment