Thursday, February 26, 2015

Program Guru Penyayang - Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan Februari 2015 (Sesi Petang)


Seramai 60 orang murid sesi petang yang lahir pada bulan Februari telah diraikan pada hari ini (26/2/15). Sambutan yang dibuat adalah seperti biasa iaitu penyerahan hadiah hari lahir dan potong kek beramai-ramai.

Terima kasih diucapkan pertamanya kepada penyumbang kek pada bulan ini iaitu PIBG SKTPP dan Pn Azizah bt Mokhlas. Terima kasih ini juga kepada guru-guru yang membantu dalam melaksanakan aktiviti ini.

Murid-murid ini telah mempamerkan perasaan gembiranya kerana rakan-rakan yang lain turut menyanyikan lagu hari lahir untuk mereka.

"Doa guru-guru semoga anak-anak didik sentiasa dalam rahmat Allah SWT
 dan terus cemerlang"




Disediakan oleh,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment