Wednesday, March 4, 2015

Kursus Asas Pertolongan Cemas

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di SK Taman Putra Perdana telah berjaya melaksanakan kursus Asas Pertolongan Cemas untuk semua ahli BSMM Tahun 4 dan Tahun 5. Alhamdulillah, sebanyak 94 orang ahli BSMM menghadirkan diri bagi mengikuti kursus ini sehingga selesai. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir dan jawatankuasa pelaksana yang menjayakan kursus ini.

Objektif kursus:
1. Memberi kesedaran kepada ahli BSMM mengenai bagaimana untuk menjadi ahli BSMM yang  
    mempunyai pengetahuan asas pertolongan cemas.
2. Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kemalangan.
3. Memberi pendedahan asas tentang pertolongan cemas.  

Atur Cara Kursus:
              2.00 - 2.15 petang : Pendaftaran
              2.15 - 2.30 petang : Bacaan doa dan Taklimat kursus
              2.30 - 3.30 petang : Ceramah Asas Pertolongan Cemas
                                               Penceramah - Leftenand BSMM, Pn Khairun Nisa Binti Abdul Halim
              3.30 - 4.00 petang : Uji diri
              4.00 petang           : Bersurai


Pendaftaran peserta kursus

Aktiviti kursus di Bilik Mesyuarat SKTPP


Peserta menjawab soalan ujian BSMM


No comments:

Post a Comment