Monday, March 30, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan Kali Ke-11 (Sesi pagi)

Guru Bertugas Mingguan:

1. Tarmiji b Sabali
2. Norli binti Hassan
3. Norhamizah bt Hamzah
4. Norhana bt Nordin
5. Halimatun Saadiah bt Hassan
6. Norhayati bt Yusof

Laporan / Ulasan
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh adik Aina Hadlina (6 Waja)
  • Bacaan doa diketuai oleh  Ketua Pengawas, adik Fathul Fathul Akhbar (6 Wira).
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Norhana bt Nordin.
  • Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah (6 Wira)
2. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Encik Pazli b Zawawi.
  • Melaporkan tentang masalah kedatangan lewat ke sekolah yang berlaku setiap hari.
  • Mengingatkan  murid-murid  sesi pagi  agar datang ke sekolah lebih awal iaitu sebelum jam 7.20 pagi.
  • Mengharapkan murid-murid dapat mengingatkan ibu bapa masing-masing agar memastikan mereka dihantar awal ke sekolah setiap hari.
3. Ucapan guru bertugas minggu ini iaitu Puan Norhana bt Nordin.
   Tema pada minggu ini : Mengamalkan Senaman
   Dua perkara yang ditekankan dalam ucapan beliau  ialah:
  • Sebarang pergerakan seperti berjalan, turun naik tangga dan berlari merupakan satu  senaman.
  • Senaman dapat mengurangkan masalah obesiti yang mengakibatkan penyakit seperti sakit jantung dan sebagainya.
4. Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan
Tahun 4
1. Tempat pertama: 4 Pluto
2. Tempat kedua:    4 Marikh
3. Tempat ketiga:    4 Uranus

Tahun 5
1. Tempat pertama: 5 Theta
2. Tempat kedua:    5 Sigma
3. Tempat ketiga:    5 Zeta

Tahun 6
1. Tempat pertama: 6 Savvy
2. Tempat kedua:    6 Myvi
3. Tempat ketiga:    6 Wira

6. Ucapan Penyelaras PPKI iaitu Puan Roslina bt Jafar
  • Memaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan Sukan Tahunan pada 4 April 2015 nanti.
  • Mengingatkan murid-murid agar sentiasa mengamalkan minum air putih memandangkan cuaca yang agak panas kebelakangan ini.
  • Memaklumkan jemputan untuk ibu bapa pada sambutan sukan Tahunan nanti.  Surat untuk ibu bapa akan dikeluarkan kemudian.
7. Perkataan LAWAD :
   BM    : menatang             - membawa di atas tapak tangan
   BI      : grasshopper         - belalang
   BA     : Makjunul usnani  - ubat gigi

8. Majlis Pelancaran Program Galakan Membaca (NILAM)

   Puan Hjh Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SKTPP telah merasmikan majlis     
   pelancaran tersebut yang diadakan dengan gilang-gemilang. Antara lain objektif         
   program yang ditekankan oleh beliau ialah:

 a)     Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid SKTPP sekaligus memberi
         kesedaran  berterusan.
 b)     Melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca
 c)     Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
         tabiat membaca.
 d)     Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan,  mempunyai 
         sifat kepimpinan, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.

9. Majlis Hari Lahir
  • Meraikan guru-guru yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.
  • Acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dan murid serta acara memotong kek  diketuai oleh Puan Hjh Rohaidah,Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
10. Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-11 berakhir pada jam 8.45 pagi.

                                                 Ucapan Guru Bertugas

                          Ucapan Perasmian Pelancaran Program Galakan Membaca
                          (NILAM) oleh Puan Hjh Rohaidah Mohd Ali,

                                                Sambutan Hari Lahir murid

                                 Bergambar kenangan bersama puan Guru Besar

No comments:

Post a Comment