... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 23, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-10 (Sesi Petang)

Masa    :  1.20 petang - 2.00 petang
Tempat :  Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas:
1. Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussin (K)
2. Pn. Siti Maziah binti Mohammad Tajuddin
3. Pn. Nur Malisha binti Omar
4. Pn. Nor Suriati binti Ismail
5. Pn. Nurazlin binti Mat Nor
6. En. Mohammad Zainuddin bin Kalam
7. Pn. Grace a/p Danaraj (Cuti Bersalin)

Laporan:

1. Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Pn. Nor Suriati bt Ismail.

2. Nyanyian/Bacaan Ikrar:

  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah yang dipimpin oleh Pn. Azura Farina bt Abdullah.
  • Bacaan Doa yang dipimpin oleh Adik Arif Arfan dari Tahun 3 Surgeri.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya yang diketuai oleh Pn. Nor Suriati.
  • Bacaan ikrar murid yang diketuai oleh Adik Nuraneesa binti Muhammad Abdul Aziz dari Tahun 3 Radiologi.
3. Laporan dari guru bertugas minggu lepas iaitu Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji.
  • Ucapan selamat kembali ke sekolah semula kepada semua murid-murid setelah 1 minggu cuti persekolahan.
  • Beliau mengingatkan murid- murid supaya menjaga keselamatan diri supaya mereka tidak cedera atau terlibat dengan perkara yang tidak diingini.
  • Beliau juga menekankan bahawa pentingnya menjaga kebersihan terutamanya di kawasan kantin dan jangan membuang sampah merata-rata.
  • Semasa berada di kantin, murid-murid hendaklah beratur dan menunggu giliran untuk membeli makanan. Jangan berebut.
 4. Perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu:
  • BM : Merentasi (menongkah)
  •  BI   : Habit (tabiat)
  • BA  : Jaddun (datuk)
5. Ucapan dari Penolong Kanan Petang, Puan Rosmah binti Jamat. Pesanan beliau supaya murid-murid sentiasa mendengar cakap guru-guru supaya ilmu yang diterima lebih berkat dan melekat di ingatan. Beliau juga mengingatkan murid supaya jangan kerap ke tandas, hanya jika amat memerlukan sahaja. Beliau juga mengucapkan selamat memulakan latihan sukan pada hari ini sehingga hari Jumaat.

6. Maklumat tambahan yang disampaikan oleh Pn. Nik Rosmaliza bt Nik Hussin:
  • PIBG telah mengecat ruang parkir van dan bas sekolah, mohon murid-murid memberitahu pemandu van dan bas tersebut supaya menggunakan parkir tersebut dengan berhemah.
  • Pemandu van dan bas sekolah boleh memohon pas pengenalan daripada sekolah. Jika ada penukaran pemandu, sila tunjukkan pas tersebut.
  • Pemandu kereta juga tidak boleh masuk ke ruang parkir itu. Semua murid perlu memberitahu ibubapa supaya tidak keliru.
  • Pertandingan Keceriaan Kelas diteruskan bermula minggu ini. 
  • Latihan Sukan dan Sukaneka Sesi Petang bermula pada pukul 4.40 - 6.40 petang selama 2 minggu.

Semoga minggu ini berjalan lancar dan semua murid-murid berada dalam keadaan baik dan selamat.
"Demam sukan telah bermula" Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment