... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 30, 2015

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Bulan Mac 2015 (Sesi Pagi)


Sambutan Hari Lahir telah dilaksanakan pada hari ini untuk semua murid Pra Sekolah, murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang lahir pada bulan Mac. Majlis ini diadakan di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana selepas waktu perhimpunan. Semua murid yang diraikan diminta naik ke pentas untuk menerima hadiah dan acara memotong kek.

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa Sambutan Hari Lahir Murid bagi bulan Mac ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyumbang kek. Semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Berikut senarai penyumbang kek:
1) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
2) Puan Rozimah bt Yaakob (Guru/parent)
3) Puan Nurliza bt Ab Rahman (Guru)
4) Puan Norhayati bt Mohamed Nor (Guru)
5) Hamba Allah (parent)
 

Nota: Majlis Sambutan Hari Lahir Bulan April akan diadakan pada 16 April 2015 (sesi petang) dan 27 April 2015 (sesi pagi)


No comments:

Post a Comment