Monday, March 9, 2015

Program Guru Penyayang - Mentor Mentee

Aktiviti : Program Mentor Mentee

Pelaksanaan program Mentor Mentee untuk kali pertama telah dilaksanakan pada ketetatapan berikut

Tarikh: 9 Mac 2015 (Isnin)
Masa : 12.50 tengah hari - 1.20 petang
Tempat : Kelas masing-masing

Aktiviti untuk kali pertama lebih menfokuskan kepada membina hubungan antara mentor dengan mentee masing-masing. Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh seorang mentor.

Melalui program ini, murid dapat:


  1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee
  2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
  3. Membina keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai
Sebahagian momen yang sempat dirakamkan sepanjang pelaksanaan program....

Mentor cuba membina keyakinan murid dengan meminta murid memperkenalkan diri masing-masing dan bercakap di hadapan mentee yang lain
Mentee membentuk bulatan untuk memudahkan proses membina hubungan
Penglibatan semua murid sebagai mentee tanpa sebarang pengecualian
Mentor dapat mendekati murid dengan lebih dekat berbeza sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan
Setiap kelas di bahagikan kepada 2 kumpulan bersama dengan setiap mentor
Harapan pihak sekolah agar Program Mentor Mentee ini akan menjadi Amalan Guru Penyayang yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

No comments:

Post a Comment