Wednesday, March 18, 2015

Program Gotong Royong Mengecat Parkir

Hasil kerjasama PIBG SKTPP dan Persatuan Penduduk Kluster 3, program gotong royong mengecat ruang parkir bas dan van sekolah telah dapat dijalankan sebagaimana yang dirancang pada hari Ahad bersamaan 15 Mac 2015 yang lepas. Terima kasih banyak kepada semua ibu bapa, guru dan penduduk setempat yang sudi hadir menjayakan program tersebut. Semoga langkah ini mendapat kerjasama baik daripada pemandu-pemandu bas, van dan kereta-kereta persendirian. Seterusnya diharapkan ianya dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku selama ini. Sepakat Membawa Berkat...

   Jom tengok aktiviti gotong royong tersebut...










Lagi gambar-gambar sepanjang program gotong royong dalam blog PIBG SKTPP di sini.

Susulan itu, PIBG telah mengadakan Mesyuarat @ Majlis Pemuafakatan bersama Pengusaha Bas dan Van Sekolah pada 18 Mac 2015 bagi memaklumkan berkaitan ruangan parkir tersebut serta membincangkan masalah-masalah yang berbangkit (sila klik di sini). Terima kasih kepada pengusaha-pengusaha yang hadir.

 Bergambar ramai bersama pengusaha-pengusaha bas dan van sekolah

No comments:

Post a Comment