Monday, March 2, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-8 (Sesi Petang)

Guru-guru bertugas:
  1. Puan Nor Maziah bt Abd Malek
  2. Puan Norazah bt Mohd Ali
  3. Puan Fadhilah bt Talib
  4. Puan Nurul Huda bt Yaacob
  5. Encik Ahmad Junaidi
  6. Encik NoorHisyam
Laporan/Ulasan

  1. Nyayian,bacaan doa dan ikrar
  • Nyayian lagu Negaraku,lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Salmi bt Amir.
  • Bacaan doa diketuai oleh adik Arif Arfan bin Abdul Razak (3 Surgeri)
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Nor Maziah bt Abd Malek.
  • Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Nur Aneesa bt Ab.Aziz (3 Surgeri)
      2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Hastipa@ Zaiton bt Mat Daud)
  • Murid-murid dibenarkan pergi kesurau 2 orang sahaja pada satu-satu masa.Tidak dibenarkan pergi secara beramai-ramai.Ini untuk mengelakkan daripada bermain-main disurau.
  • Murid-murid digalakkan pergi solat di surau pada waktu rehat.Sekiranya pergi waktu belajar pastikan kerja yang diberi oleh guru telah siap.
  • Murid-murid diminta menjaga adab bergaul dengan rakan.Jaga tingkah laku dan perangai.Elakkan diri daripada bergaduh,mengejek dan bertumbuk dengan rakan.
     3. Ucapan guru disiplin (Puan Wan Sarinah bt Wan Ibrahim)
                                         Guru disiplin petang Pn Wan Sarinah sedang memberi ucapan
  • Unit disiplin telah menjalankan sport chek.Telah didapati banyak kesalahan dilakukan iaitu berambut panjang bagi murid-murid lelaki,tidak ada lencana dan tanda nama,berkuku panjang dan membawa gunting serta pembaris besi .
  • Peringatan untuk murid-murid sekiranya ibu bapa memberi duit untuk membayar apa-apa yuran sekolah,sampai sekolah terus beri pada guru.Jangan simpan dalam beg kerana dikhuatiri hilang.
  • Murid-murid perempuan yang memakai pakaian sukan perlu memasukkan baju kedalam seluar.
    4.Ucapan guru bertugas minggu ini (Puan Nor Maziah bt Abd Malek)

  • Tema pada minggu ini adalah budaya memberi salam.
  • Ucapan salam bukan untuk golongan tertentu sahaja.Tidak mengira bangsa,agama dan budaya hidup.
  • Untuk sesama Islam perlu ucap Assalamualaikum manakala untuk bukan islam perlu ucap selamat sejahtera.
  • Budaya memberi salam ini dapat memupuk perasaan kasih sayang dan mendapat pahala.
  • Murid-murid digalakkan supaya mengamalkan budaya memberi salam.
                                         Murid-murid khusyuk mendengar ucapan dari guru bertugas
     5.Lawad
  • BM: Sawang
  • BI : Nest = Sarang
  • BA : Arnabun = Arnab
      6.Ucapan Guru Besar  
  • Setiap minggu ada warna tema.Ini adalah untuk menarik minat.
  • Memperkenalkan beberapa orang guru baru iaitu iaitu Pn Tuan Norain,Pn Zawiah,Cik Roslinda,Encik Hafiz dan Encik Saipol
  • Sekolah kita menghadapi masalah besar iaitu kekurangan tukang sapu,hanya tinggal 4 orang daripada 11 orang.Semua guru dan murid diminta bekerjasama menjaga kebersihan.
  • Jaga kesihatan dan diri sendiri dengan cuaca panas sekarang.
                                         Guru Besar Pn Hajjah Rohaidah sedang memberi ucapan

                                         Barisan guru baru yang diperkenalkan oleh guru besar

No comments:

Post a Comment