Tempat : Dewan Perdana
Masa : 1.20 - 2.00 petang
Guru Bertugas:
- Nik Rosmaliza bt Nik Husain
- Nur Malisya bt Omar
- Nor Suriati bt Ismail
- Nurazlin bt Mat nor
- Nur Azizati bt Ahmad
- Nor Nadzirah (cuti bersalin)
Laporan/Ulasan:
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
- Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Nik Rosmaliza.
- Bacaan Ikrar Murid oleh adik Alif Qaweem (3 Kompang).
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Arrny Yusnita)
- Disiplin murid tidak memuaskan sepanjang minggu lalu. Semoga kejadian-kejadian seperti kecurian, kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berulang lagi.
- Murid-murid dilarang masuk ke kawasan-kawasan larangan dalam perkarangan sekolah. Contohnya, murid dilarang bermain di kabin dan kawasan belakang pada waktu rehat kerana persekitaran yang kurang selamat.
Ucapan Guru Bertugas (Pn Nik Rosmaliza)
Tema : Kesopanan dan Kesusilaan
Murid perlu beradab sopan dan menghormati guru-guru. Semua murid disarankan untuk memberi salam dan bersalaman ketika berjumpa guru.
LAWAD:
Bahasa Melayu: mengasak (mendesak)
Bahasa Inggeris: bright (bersinar)
Bahasa Arab: Qalamun (pen)
Pengumuman:
- Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu ditangguhkan.
- Pusat Sumber ditutup untuk sementara waktu pada hari Isnin dan Selasa.
Laporan ditulis oleh;
Nurazlin bt Mat Nor
No comments:
Post a Comment