Tarikh : 15 Ogos 2016
Tempat : Dewan Perdana
Masa : 1.20 - 2.20 petang
Tempat : Dewan Perdana
Masa : 1.20 - 2.20 petang
Guru Bertugas:
- Pn. Azizah binti Ab Hamid
- Pn. Norlida binti Othman
- Pn. Ranjiny A/P Rajah
- Pn. Noorayuni binti Ab Fatah
- En. Muhammad Saiffol bin Ngabiah
Laporan/Ulasan:
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
- Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Azizah binti Ab Hamid
- Bacaan Ikrar Murid oleh adik Alif Qaweem (3 Kompang).
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn Rabihah binti Amirudin)
- Disiplin murid tidak memuaskan sepanjang minggu lalu. Semoga kejadian-kejadian seperti kecurian, kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berulang lagi.
- Murid-murid dilarang masuk ke kawasan-kawasan larangan dalam perkarangan sekolah. Contohnya, murid dilarang bermain di kabin dan kawasan belakang pada waktu rehat kerana persekitaran yang kurang selamat.
Ucapan Guru Bertugas (Pn Azizah
binti Ab Hamid)
Tema : Kesopanan dan Kesusilaan
Murid perlu beradab sopan dan
menghormati guru-guru. Semua murid disarankan untuk memberi salam dan
bersalaman ketika berjumpa guru.
LAWAD:
Bahasa Melayu: mencanai (menggelek)
Bahasa Inggeris: castle (istana)
Bahasa Arab: kitaabun (buku)
Perhimpunan ditamatkan untuk memberi laluan kepada Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
Disediakan oleh,
Ranjiny Rajah
No comments:
Post a Comment