Bulan Bahasa SK Taman Putra Perdana berlangsung dari 29 Ogos 2016 hingga 7 Oktober 2016. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.
OBJEKTIF BULAN BAHASA
1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu
2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.
Banyak aktiviti yang telah
dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK Taman Putra Perdana. Antaranya
tulisan cantik, mencari benda tersembunyi, mencari sisip suku kata, membentuk kata, bersajak, serta
bercerita untuk Tahap 1. Manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal
tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 2.
Berikut adalah gambar yang dirakamkan sepanjang majlis:
No comments:
Post a Comment