... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 15, 2016

Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016

Hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 8.30 pagi bagi sesi pagi manakala untuk sesi petang pula bermula 1.50 - 2.10 petang. Majlis ini berlangsung di Dataran Perhimpunan (sesi pagi) & Dewan Perdana (sesi petang). Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 adalah anjuran Panitia Sejarah SK Taman Putra Perdana.

Objektif program :
  • Menyemai semangat cinta akan negara.
  • Menyemai semangat 1 Malaysia.
  • Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin, dan bekerjasama.
  • Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Aktiviti Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 :
  • Tahun 1 - Petandingan Pakaian Tradisional.
  • Tahun 2 - Pertandingan Tulisan Cantik.
  • Tahun 3 - Koir
  • Tahun 4 - Pakaian Tradisional & Hiasan Basikal bertemakan kemerdekaan.
  • Tahun 5 - Koir dan Nyayian Solo
  • Tahun 6 - Reka Cipta
Berikut paparan gambar sepanjang majlis berlangsung

(Sesi Pagi)





(Sesi petang)


Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji, Pengerusi Majlis
Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2016

Gimik Perasmian dengan melepaskan burung dari dalam sangkar

Laungan 'Merdeka' oleh Guru Besar
Anak-anak merdeka
Guru-guru merdeka

Disediakan oleh :
Juli bt Mahbah
Roseniza bt Setapa
Nor Arzah bt Hussin
Shurhama bt Ahmad

No comments:

Post a Comment