... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 22, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-31 (Sesi Pagi)

Tarikh : 22 Ogos 2016
Hari    : Isnin
Masa : 7.30 – 9.20 pagi
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Adik Hanis Nabila (5 Zuhrah)

Guru Bertugas :
1. En. Zurilazman Bin Abdullah
2. Pn. Astina Binti Mahad Nor
3. Pn. Roseniza Binti Setapa
4. Pn. Roslina Binti Jafar
5. Pn. Juli Binti Mahbah
6. Pn. Nurulhuda Binti Yaacub
7. Pn. Umi Nazrah Binti Saharoni

Barisan guru-guru bertugas minggu ini

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina Bt Mahad Nor.
2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 6.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Roseniza Binti Setapa.
4. Bacaan Ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha Bin Mohd Fadzir (6 Zeta).

Bacaan Ikrar oleh Adik Asyraaf Aqasha
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Maimunah Binti Yob
1. Menasihatkan murid-murid agar datang ke sekolah dalam keadaan ceria dan berpakaian kemas (bertali leher bagi murid lelaki), kasut perlu bersih dan putih terutama pada hari Isnin.
2. Mengingatkan murid perlu berpakaian pakaian seragam sekolah terutama pada hari Isnin dan tidak dibenarkan berpakaian baju sukan.
3. Murid-murid juga diingatkan supaya datang ke sekolah dalam keadaan sihat. Sekiranya didapati berasa tidak sihat ketika masih di rumah dinasihatkan murid tidak perlu hadir ke sekolah.
4. Berharap supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan sekolah terutama bilik darjah. Sampah perlu dibuang di dalam tong sampah dan bukan di atas penutup tong sampah.
5. Mengingatkan murid tentang masa penggunaan ‘vending machine’.  Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan ‘vending machine’ pada waktu pembelajaran dan pengajaran. 

Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas - Pn. Maimunah Bt Yob
Tiada pertandingan keceriaan pada minggu lepas kerana memberi laluan pada Peperiksaan Percubaan UPSR bagi murid-murid Tahun 6.

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Pn. Roseniza Binti Setapa

Tema: Sejarah Kemerdekaan  

-   Negara kita pernah dijajah oleh 5 kuasa luar iaitu Siam, Portugis, Belanda, British dan Jepun.
-   Untuk mendapatkan kemerdekaan ini, rombongan kemerdekaan telah pergi ke London pada tahun 1956 yang diketuai Tuanku Abdul Rahman.
-   Pada 20 Februari 1956 (Isnin), Tuanku Abdul Rahman telah mengumumkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.
-   Pada 30 Ogos 1957 (Jumaat) tepat jam 12 malam bendera Union Jack diturunkan dan dinaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu di Padang Kelab Selangor.
-   Pada 31 Ogos 1957 (Sabtu), Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali.
-   Oleh itu, hargailah kemerdekaan negara kita yang telah kita nikmati hingga ke hari ini.

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini - Pn. Roseniza Bt Setapa
Perkataan LAWAD

1. Bahasa Malaysia – Jari-jemari (anak-anak jari)
2. Bahasa Inggeris – Participate (mengambil bahagian)
3. Bahasa Arab - Wilayatun – (Negeri)

Penyampaian Hadiah Pertandingan Buku Lawad Kalam Pendeta 2016

Nama-nama pemenang bagi Pertandingan Buku Lawad Kalam Pendeta 2016

Tahun 4
1. Hanna Safea Binti Rashid (4 Surgeri )
2. Nur Afiah Safiya Binti Yusnizam ( 4 Surgeri )
3. Nur Fasihah Binti Mohd Nazri ( 4 Pediatrik )
4. Nurul Hasanah ( 4 Ortopedik )

 Tahun 5
1. Nur Qamarina Izzaty ( 5 Zuhal )
2. Amni Syahirah Binti Saiful Bahari ( 5 Zuhal )
3. Alia Syuhada Binti Mohd Wira ( 5 Uranus )
4. Siti Wafa Kiasatina ( 5 Utarid )
5. Amyrah Irdina Binti Aznur Hafeez ( 5 Zuhrah)

Tahun 6
1. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Zabawi ( 6 Sigma )
2. Nur Zulaikha Binti Md. Sanep ( 6 Sigma )
3. Balqis Binti Shaharudin ( 6 Sigma )

Pemenang-pemenang bagi Pertandingan Buku Lawad Kalam Pendeta 2016

Penyampaian Sijil bagi murid-murid yang telah mengikuti Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Daerah Sepang 2016

-          Sekolah kita telah menghantar 5 orang wakil murid bagi menghadiri kursus kenaikan pangkat KRS dan TKRS sekolah yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi pada 9 hingga 10 Ogos 2016.  Murid-murid tersebut;    
            1. Khairunnisa Balqis Binti Hamidi ( 6 Lamda )
           2. Muhammad Aqil Bin Mohd Azmi ( 6 Omega )
           3. Hanis Syafiqah Binti Mohd Rashidi ( 5 Zuhal )  
           4. Nurin Anisah Binti Razman ( 5 Zuhrah )
           5. Wan Syafiq Fitri Bin Mohd Dzuhairi ( 5 Neptun )

-          Salah seorang daripada murid iaitu ( Hanis Syafiqah Binti Mohd Rashidi ) telah dipilih mengikuti kenaikan pangkat Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Tekali Ulu Langat pada 15 hingga 18 Ogos 2016.

Penyampaian Sijil Kepada Murid-murid Yang Menghadiri Kursus Kenaikan Pangkat KRS dan TKRS
Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Shahrizal Bin Ya’am)

1. Peperiksaan Percubaan UPSR telah diadakan pada minggu lepas.  Diharap murid Tahun 6 menggunakan masa yang ada sebelum Peperiksaan UPSR untuk memperbaiki kelemahan sebelum Peperiksaan sebenar UPSR pada 5 September 2016.

2. Murid-murid diingatkan supaya mematuhi masa terutama aspek waktu kehadiran ke sekolah, jadual rehat, pergerakan ke bilik-bilik khas dan jadual waktu pembelajaran di dalam kelas.

3. Murid-murid digalakkan mengamalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain, tanpa mengira bangsa dan agama.

4. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid yang terpilih mewakili sekolah ke pertandingan Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) dan Karnival bawah 11 Tahun yang akan dijalankan pada bulan Ogos dan September ini.  Diharap murid yang terpilih dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap perlawanan dan dapat mengharumkan nama sekolah. 
    Antara acara yang akan dipertandingkan bagi KATMO ialah;
      1. Balapan dan Padang
      2. Bola Jaring Mini
      3. Bola Sepak
      4. Kriket
  5. Timang-timang Takraw

      Acara Karnival Bawah 11;
      1. Bola Baling 
      2. Bola Sepak

5. Pihak sekolah akan menghantar wakil murid bagi 3 acara anjuran MPS di Karnival Komuniti Sepang yang akan diadakan pada 3 September 2016. 
   1. Pertandingan Rekacipta Barangan Terpakai
   2. Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi
   3. Pertandingan Semarak Tari
Semoga pasukan-pasukan sekolah ini akan memberi persaingan dan berjaya dalam acara yang disertai..

Ucapan PK Kokurikulum - Encik Shahrizal B. Ya'am
Pelancaran Program Bersama BLINK Book PTS

Ucapan dari wakil BLINK Book PTS 

Pelancaran Program Bersama BLINK Book PTS oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali bersama-sama dengan wakil BLINK Book PTS
Maskot BLINK Book PTS - 'MILO'

Sesi Bergambar Bersama Maskot BLINK Book PTS

Disedikan Oleh;
Roslina Bt Jafar

No comments:

Post a Comment