Monday, August 29, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-32 (Sesi Pagi)

Tarikh : 29 Ogos 2016
Hari    : Isnin
Masa : 7.30 – 8.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Khairunnisa Balqis Bt Hamidi (6 Lamda)

Guru Bertugas :
1. En. Srimahathevan
2. Pn. Jamilah Bt. Yusuf
3. Pn. Noor Hayati Bt Yusof
4. Pn. Nurrulhuda Bt Yaacob
5. Pn. Visva Vilasini
6. Pn. Nik Kamisah Bt Mohd Aziz
7. Cik Roslinda Bt Mansor
8. Pn. Hasliza Bt Said

Barisan guru bertugas
Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina Bt Mahad Nor.
  2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 6.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Jamilah  Binti Yusuf.
  4. Bacaan Ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha Bin Mohd Fadzir (6 Zeta)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas Oleh Puan Roseniza Bt Mustafa


  1. Murid-murid diingatkan supaya tidak meninggalkan sampah selepas waktu perhimpunan di dewan atau pun di dataran perhimpunan. Kita mestilah mengamalkan kebersihan diri dan juga kebersihan di sekeliling kita.
  2. Sampah yang dibuang ke dalam tong sampah mestilah dibuka penutupnya dan masukkan sampah ke dalamnya. Jangan hanya diletakkan di atas penutup tong tersebut sahaja.
  3. Selain itu, murid-murid yang hendak masuk ke bilik guru perlulah mempunyai pas keluar daripada guru yang memberi arahan.

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Pn. Jamilah Bt Yusuf

Tema: Semangat Patriotik


  • Semangat Patriotik bermaksud semangat cintakan negara. Kita mestilah sentiasa mempunyai semangat  ini kerana kita dilahirkan di bumi bertuah Malaysia ini. 
  • Tanpa kemerdekaan yang telah dicapai dari perjuangan datuk nenek moyang kita ini, kita tidak akan dapat mengecapi erti kebebasan dan mungkin tidak akan merasa erti kemajuan.
  • Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menjaga hubungan sesama kita dan bersatu padu memupuk semangat perpaduan di antara kaum lain kerana jika tiadanya persefahaman, keamanan yang kita kecapi sekarang mungkin akan musnah.

Perkataan LAWAD

1. Bahasa Malaysia – Keletak-keletuk (bunyi batu kecil)
2. Bahasa Inggeris – Relationship (perhubungan)
3. Bahasa Arab - Kukhun (pondok)

Penyampaian Sijil bagi murid-murid Pendidikan Khas yang telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Pertama Peringkat Negeri Selangor 2016  (1st Selangor Agoonoree)

  •  Sekolah kita telah menghantar 4 orang wakil murid bagi menghadiri perkhemahan pengakap yang diadakan di Pusat Kokurikulum SK Seri Gambut, Tanjung Karang Selangor pada 23 hingga 25 Ogos 2016.  Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan murid yang terlibat. Murid-murid tersebut ialah:  

           1.  Muhammad Hafiz Bin Suhaimi
           2. Muhammad Afiq Bin Affandy
           3. Muhammad Aiman Bin Norisyan
           4. Muhammad Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail
      Guru Pembimbing : Puan Noor Hayati Bt Yusof

  • Pencapaian : Johan Keseluruhan Aktiviti ( Sekolah Rendah )
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :   
                                                                      1. Dapur Panas
                                                                      2. Kraftangan
                                                                      3. Permainan Pengakap
                                                                      4. Sukan Rakyat

Majlis penyerahan sijil Perkhemahan Pengakap PPKI


Johan Perkhemahan Peringkat Negeri
Seterusnya majlis perhimpunan memberi laluan kepada Panitia Bahasa Melayu untuk Pelancaran Bulan Bahasa dijalankan.


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa
Disediakan Oleh,
Nurrulhuda Binti Yaacob

No comments:

Post a Comment