... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 12, 2016

Majlis Penghargaan Program The Champion Kali ke 3 /2016

Tarikh   :  12 Ogos 2016
Hari      :  Jumaat
Masa    :  8.00 pagi
Tempat :  Dewan Perdana SKTPP

           Pihak sekolah telah mengadakan majlis penghargaan sempena program "The Champion" bagi kali ke-3 tahun 2016. Penghargaan ini diberikan kepada peserta "The Champion" yang ada peningkatan prestasinya berdasarkan percubaan UPSR yang telah dilaksanakan baru-baru ini. Seramai 45 orang daripada 54 peserta The Champion telah berjaya meningkatkan prestasi masing-masing dan menerima cenderamata daripada Guru Besar. Manakala pelajar yang bukan peserta asal "The Champion" seramai 48 orang yang berjaya meningkatkan prestasi mereka dalam percubaan UPSR tempoh hari turut menerima cenderahati dari pihak sekolah. Syabas semua! 
          Pihak sekolah bersama guru-guru tahun 6 telah berusaha melaksanakan pelbagai program seperti gerak gempur, kelas tambahan, program motivasi dan program kerohanian selain daripada program "The Champion". Puan Rohaidah bt Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP telah memberi sedikit ucapan penghargaan dan nasihat kepada semua pelajar. Beliau berharap SKTPP dapat meningkatkan lagi kecemerlangan UPSR bagi tahun 2016 kerana SKTPP adalah di antara 10 buah sekolah yang terbaik  dalam daerah Sepang.

Salah seorang peserta The Champion yang meneima penghargaan
Ketua Pengawas SKTPP turut menerima penghargaan
Kumpulan 2 diumumkan sebagai kumpulan  The Champion yang terbaik
45 peserta The Champion yang menerima penghargaan
Ucapan daripada Guru Besar SKTPP Pn Rohaidah bt Mohd Ali
Di antara pelajar yang bukan peserta The Campion yang meningkat prestasi
Tahniah!

Disediakan oleh : Nurzainon Md Razalli

No comments:

Post a Comment