Monday, May 8, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-18 (Sesi Pagi)

GURU-GURU YANG BERTUGAS

Puan Noor Hanawati Alinda
Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
Puan Norinna binti Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Cik Komagal a/p Kunaisekaran
Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Puan Umi Nazrah binti Saharoni
Puan Norliza binti Ali@ Yasim
Puan Roslina binti Jafar

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyayian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh adik Rusyaidi bin Bakri.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh
Pn. Norinna binti Mohamed
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Pengawas iaitu Haris Nabilah.
     
                                      Perhimpunan Pagi                                
Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn.Nurliza Binti Ab Rahman)
Walaupun persekolahan telah hampir setengah tahun berlalu masih ada murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Oleh sebab itu cikgu Nuriiza mengingatkan murid-murid perkara-perkara berikut:
a.      Waktu Rehat
- Murid-murid dingatkan supaya sentiasa makan pada waktu rehat di kawasan kantin untuk mengurangkan sampah sarap di kawasan sekolah

b.     Penggunaan Pas Keluar
- Murid-murid juga diingatkan supaya menggunakan pas keluar  apabila keluar dari kelas ke tempat lain. Jika murid-murid tidak memakai Pas Keluar maka guru disiplin boleh mengenakan hukuman terhadap murid-murid tersebut.

c.     Penggunaan Pintu Masuk Pejabat
- Murid-murid juga diingatkan supaya menggunakan pintu pelawat untuk masuk ke pejabat. Selain itu, mereka tidak dibenarkan masuk beramai-ramai dan hanya boleh masuk sekurang-kurangnya 2 orang sahaja ke dalam pejabat jika ada urusan yang penting sahaja.

Laporan Kelas Terbersih
Kelas PPKI
1.Archery
2.Aquatics
3.Cricket
Tahun 4
1.Nafiri
2.Kompang
3.Seruling
Tahun 5
1.Surgeri
2.Hematologi
3.Patologi
Tahun 6
1.Neptune
2.Zuhrah
3.Pluto

  
Ketua-ketua kelas yang menerima hadiah daripada puan guru besar

Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
Barisan Guru-guru Bertugas Sesi Pagi

Tema minggu ini ialah Menabung Amalan Mulia
  Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa hendaklah disimpan ke dalam tabung.
          Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. 
         Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.
        Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Penyampaian hadiah kepada Peserta-peserta Persatuan Puteri Islam
Pada 27 April 2017, seramai 19 orang peserta dari Persatuan Puteri Islam SK Taman Putra Perdana telah mewakili  beberapa acara pada Hari Puteri peringkat daerah Sepang yang diadakan di SK Kota Warisan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Pasukan bicara berirama SK Taman Putra Perdana telah menyandang Tempat Pertama dalam pertandingan bicara berirama kali ini.  

                          
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.  

            
 
   
Persembahan peserta-peserta Persatuan Puteri Islam  
         
Penyampaian hadiah kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah
Pada  7 Mei 2017 seramai 10 murid telah mewakili sekolah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 tahun yang dianjurkan oleh Sepang Youth Football Club (SYFC) di padang MPS Taman Putra Perdana. Pasukan bola sepak sekolah kita telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan tersebut.

 
Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.

Kejohanan Memanah MSSD 2017
Pada 17 April hingga 20 April 2017 adik Niqa Abyana Binti Mohd Zaimi telah menyertai Kejohanan Memanah MSSD 2017  di SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Adik Niqa Abyana telah menjadi Johan dalam pusingan kelayakan individu bawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada adik Niqa Abyana yang terlibat dalam sukan ini.

                                   

Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas
Pada 17 April 2017 beberapa murid pendidikan khas telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Boling Tenpin Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh MSSD Sepang.  Bagi kategori  lelaki Sekolah Rendah (Individu) adik Muhamad Hafiz   telah mendapat Tempat Ketiga. Bagi kategori berpasukan lelaki rendah pasukan sekolah telah mendapat Tempat Pertama. Peserta-peserta tersebut adalah seperti berikut:
1.Muhammad Hafiz
2.Muhammad Aiman
3.Nik Muhammad Aqif
4.Muhammad Aqif

     
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang yang terlibat.

Ucapan Guru Besar
Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta Pasukan Puteri Islam, pasukan bola sepak, pasukan boling serta adik Niqa yang telah mewakili sekolah dan berjaya dalam kejohanan sukan yang diadakan. Guru Besar berharap agar kejayaan ini akan menggalakkan lagi murid agar melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum serta berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi hingga meraih kejayaan.

Guru Besar juga mengingatkan bahawa pada 11 Mei 2017 akan datang kita akan menerima lawatan penanda arasan PPDa dari guru-guru SMK Seksyen 16, Shah Alam. Puan Guru Besar berharap agar murid-murid dapat menjaga disiplin serta menyambut baik para pelawat tersebut.

Pada 18 Mei - 25 Mei 2017 sekolah kita akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2017. Pn. Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya menjalani peperiksaan tersebut dengan baik dan membuat ulangkaji di rumah. Beliau juga mengucapkan "All the best" buat semua murid.

Pada minggu lepas, SKTPP telah menerima 14 orang guru baharu lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dari beberapa Institut  Pendidikan  Guru (IPG) seluruh negara. Mereka terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan dengan pelbagai opsyen. Pn. Guru Besar telah memperkenalkan guru-guru baharu yang masuk sesi pagi kepada para muridnya. Selamat Datang diucapkan kepada guru-guru baharu ini ke SKTPP. Murid-murid diminta menghormati dan mendengar segala arahan yang diberi oleh guru-guru baru ini sebagaimana guru-guru lama. Semoga sekolah kita akan semakin mantap dan berjaya dalam semua bidang : akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Guru-guru baru sesi pagi
                                          
Disediakan Oleh : Pn. Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment