Thursday, May 25, 2017

Program Mentor Mentee Bulan Mei 2017

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir, jawatankuasa Unit Guru Penyayang, semua mentor dan mentee kerana telah menjayakan Program Mentor Mentee pada bulan Mei ini. Seperti biasa mentor menggunakan Modul Mentor Mentee semasa menjalankan perjumpaan dengan mentee.

Tahun 4:
Tajuk: Pengurusan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menguruskan diri dengan baik
2. Menjaga kebersihan diri
3. Menyayangi diri sendiri

Tahun 5:
Tajuk: Kebolehan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyebut kebolehan dan potensi diri
2. Menyebut kebolehan dan potensi rakan

Tahun 6:
Tajuk: Aku Boleh
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta membaiki kelemahan diri













No comments:

Post a Comment