... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 12, 2017

Mesyuarat Khas Pembinaan Surau

Mesyuarat khas wakaf dan pembinaan surau kali pertama buat tahun 2017 telah diadakan di bilik mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar serta Pengerusi Projek, Ar. Muzi. Kehadiran : GB, semua PK, SU, PSU dan Bendahari PIBG serta ustaz-ustaz.
   Mesyuarat telah membincangkan perkembangan terkini projek pembinaan surau sekolah dan kedudukan kewangan. Pengerusi telah memberikan beberapa pandangan dan cadangan bagi menggerakkan projek yang masih tertangguh akibat kekurangan dana ini.
   Ahli mesyuarat juga telah mengadakan lawatan ke tapak surau yang dimaksudkan. Perancangan asal untuk membina 2 tingkat diubah kepada 1 tingkat sahaja di tapak asal yang dipersetujui. Tempat sampah asal akan diubah ke bahagian hadapan sekolah. Anggaran kos sekitar RM300 - RM400 ribu.
   Besarlah harapan kita untuk melihat agar surau baru yang kita idam-idamkan ini akan terbina seberapa segera yang boleh bagi memberi kemudahan kepada anak-anak murid kita yang ramai ini untuk mengerjakan solat dan menjalani pengajian agama dengan selesa. Justeru pihak sekolah amat berharap sumbangan dari ibu bapa, pihak komuniti dan para dermawan sekalian. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Aamiinn...















No comments:

Post a Comment