Saturday, May 6, 2017

Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Melayu dan Matematik

Tarikh     :  6 Mei 2017
Tempat   :  Bilik Mesyuarat
Masa      :  8.00 - 12.30 tengah hari

Pada hari ini tanggal 6 Mei 2017, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan satu teknik menjawab UPSR bagi kedua-dua subjek berkaitan.  Objektif utama teknik menjawab ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan memberi pendedahan teknik sebenar menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik.  

     Sasaran utama program ini ialah calon-calon UPSR 2017 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.  Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang terdiri daripada murid-murid kelas Zuhrah, Zuhal, Utarid dan Uranus manakala Kumpulan 2 terdiri daripada murid-murid kelas Pluto, Neptun, Musytari dan Marikh.  Bermula pada jam 8.00 pagi Kumpulan 1 memulakan teknik menjawab bagi subjek Matematik di Dewan Perdana manakala Kumpulan 2 mengikuti Teknik Menjawab Bahasa Melayu di Bilik Mesyuarat. Selepas rehat Kumpulan 2 pula mengikuti Teknik Menjawab Matematik di Dewan Perdana manakala Kumpulan 1 berada di Bilik Mesyuarat untuk Teknik Menjawab Matematik.

     Dua orang penceramah luar telah dijemput untuk menjayakan program ini. Bagi subjek Bahasa Melayu, penceramah yang dijemput ialah Encik Syahidan bin Saad yang juga merupakan seorang guru di SK Sungei Way. Berpengalaman mengajar selama 20 tahun dan merupakan Jurulatih Utama (JU) Bahasa Melayu Peringkat Negeri selain JU bagi PPD Puchong Utama.


      Bagi subjek Matematik pula, penceramah yang diundang ialah Encik Saiful Anuar bin Basran dari SK Telok Panglima Garang.  Beliau berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah selama 31 tahun.  Beliau juga merupakan Guru Cemerlang Selangor selama 16 tahun hingga kini. Selain itu beliau juga merupakan  Jurulatih Utama serta fasilitator.

     Semoga program teknik menjawab yang telah dilaksanakan pada hari ini dapat mencapai objektifnya serta berjaya memberi manfaat kepada semua calon UPSR dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian UPSR 2017.

Antara barisan guru Bahasa Melayu yang turut hadir.

Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu di Bilik Mesyuarat.

Teknik menjawab Kertas Matematik oleh Encik Saiful Anuar bin Basran.

Murid-murid dari Kumpulan 1 sedang mengikuti Teknik Menjawab Kertas Matematik.

Murid-murid tekun mendengar penerangan daripada penceramah.

Barisan guru Matematik yang turut serta mengikuti teknik menjawab.

Murid-murid lelaki fokus menimba ilmu.

Teknik menjawab kertas Bahasa Melayu bersama Encik Syahidan bin Saad.

No comments:

Post a Comment