... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, May 14, 2017

Pertandingan Boling Sempena Hari Guru 2017

Pertandingan Boling Sempena Hari Guru 2017 tahun ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 13 Mei 2017 bertempat di Pusat Bowling Arl Power Bowl, Alamanda Putrajaya. Pertandingan berlangsung dari jam 2:00 hingga 5:00 petang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP.

        Selain itu pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara semua warga SKTPP, melengkapkan takwim KKGK, membina kekuatan dan kesefahaman di dalam kerja berkumpulan serta membentuk masyarakat yang penyayang dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pertandingan ini berlangsung dengan meriah sekali. Ditambah lagi dengan kehadiran YDP PIBG iaitu Tn. Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian sekeluarga. 

        Pertandingan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran, ucapan Pengerusi KKGK, ucapan Guru Besar dan taklimat ringkas tentang pertandingan serta pembahagian kumpulan. Pertandingan boling ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita.

Berikut adalah gambar sepanjang pertandingan berlangsung : -

Sesi Pendaftaran


  Taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan









   Keputusan Pertandingan Boling Sempena Hari Guru 2017 anjuran KKGK SKTPP adalah seperti berikut :-

i)  Kategori Lelaki 
     1.   Rozaidi (anak Pn. Rohaidah)
     2.   Ahmad Musrizuan b. Daud
     3.   Mohd Najib b. Hj Sapari
     4.   Muhammad Dzarfan b. Kamar Bahrin
     5.   Tn. Hj Khairul Azhar b. Mohammad Suffian

ii)  Kategori Wanita
     1.   Syahirah bt. Tumar
     2.   Siti NurulHuda bt Mohd Arif
     3.   Hasliza bt. Said
     4.   Noor Hayati Bt. Yusof
     5.   Nurul Azean bt. Mohd Salleh

    Permainan Terbaik Lelaki
    Ahmad Musrizuan b. Daud

    Permainan Terbaik Wanita
    Syahirah bt. Tumar












    Tahniah kepada semua pemain boling. Tidak lupa juga sekalung budi dan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Pertandingan Boling ini.

Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh negara. "Guru Pembina Negara Bangsa"

No comments:

Post a Comment