Monday, May 15, 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.


Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 15 Mei 2017
Nama Sahabat PPDa
Muhammad Farhan Zikri bin Nor Fadli (5 Pediatrik)
Nurmila Herliana binti Abd Hasyim (3 Vanadium)




TAJUK : CARA BERHENTI MEROKOK

Langkah 1
BERSIHKAN
Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.
Langkah 2
BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok.
Langkah 3
LAKUKAN SAHAJA
Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok.
Langkah 4
TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI.
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.
Langkah 5
BERFIKIRLAH SECARA POSITIF.
Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Langkah 6
DAPATKANLAH SOKONGAN.
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
Langkah 7
MELAWAN KEINGINAN MEROKOK.
Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok,

No comments:

Post a Comment