... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, May 31, 2017

Mesyuarat Penyelarasan Kakitangan

Kesempatan cuti sekolah selama 2 minggu ini, Mesyuarat Penyelarasan Kakitangan Bil. 1 / 2017 telah diadakan bersama semua staf kerajaan yang melibatkan pihak pentadbir, KPT, PT, PO dan PPM. Tujuan mesyuarat adalah untuk menyelaraskan tugas dan jadual kerja setiap staf serta membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja seharian serta arahan-arahan semasa. Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua staf / kakitangan.
   Selain daripada guru, staf merupakan front line dan cermin kepada sesebuah sekolah. Justeru peranan semua kakitangan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan amatlah penting. Kakitangan di pejabat ibarat penyambut tetamu sesebuah sekolah. Maka setiap kakitangan perlu menunjukkan mutu kerja yang cemerlang bagi menghadapi pelanggan, ibu bapa dan pegawai atasan. Alhamdulillah atas layanan dan kesabaran yang ditunjukkan selama ini. Teruskan kecemerlangan tersebut demi meningkatkan imej dan nama baik sekolah.




No comments:

Post a Comment