Sunday, November 19, 2017

Cabaran Pandu Puteri Tunas 2017

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Melalui penganugerahan ini,  ia secara langsung mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.
Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan seterusnya menjadi acara tahunan melalui pelaksanaan BATHKP, BATHKP dan Cabaran Pandu Puteri Tunas Peringkat Kebangsaan.

Antara objektif diwujudkan anugerah ini adalah:
  1. Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. 
  2. Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
  3. Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan. 
  4. Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.
Seramai 58 orang murid Pandu Puteri Tunas kontingen Selangor telah mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) yang bertempat di Asiacamp, Kuala Kubu Bharu dari 16 - November 2017. Dua orang murid SK Taman Putra Perdana iaitu Liyana Nabilah Binti Md Lajis dan Savitha a/p Sivabalan berjaya melayakkan diri dan menerima Anugerah BATHKP Peringkat Kebangsaan. Dua orang murid turut menjadi peserta cabaran iaitu Amirah Syazidah Binti Samsuri dan Nur Alya Syuhanis Binti Shahrizal. Syabas diucapkan. Gambar aktiviti sepanjang perkhemahan:

Peserta dan calon yang terlibat.

Malam Let's Grow - Tema Floral

Semasa aktiviti

Peserta menjalankan aktiviti lasak

Savitha Sivabalan menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya

Liyana Nabilah menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya

No comments:

Post a Comment