Saturday, November 25, 2017

Lawatan Penghayatan Alam ke Taman Sekitar Putrajaya

Pada 25 November 2017 (Sabtu) yang lalu, Unit Peningkatan UPSR telah mengadakan lawatan sambil belajar dengan tema "Penghayatan Alam" dengan menjelajah ke Taman Botani, Taman Wetlands dan Taman Warisan Pertanian di Putrajaya. Aktiviti yang berbentuk riadah ini amat menyeronokkan di samping menyihatkan badan yang kepenatan bekerja seharian bagi guru-guru dan bagi murid mula dapat menghilangkan tekanan setelah berhempas pulas belajar untuk peperiksaan UPSR.

Terdapat 42 orang murid terlibat sebagai peserta dalam lawatan tersebut, manakala 8 orang guru adalah sebagai fasilitator
Antara guru yang terlibat ialah :
1. Pn Norasmawati bt Omar
2. Cik Roslinda bt Mansor
3. Pn Noriza bt Mohd Nor
4. Pn Mazzaini bt Muda
5. Pn Nor Azura bt Mustafa
6. Pn Norliza bt Ali
7. Pn Norhana bt Nordin
8. Pn Junaidah bt Rus

Aktiviti bermula jam 7.30 - 8.00 pagi (pendaftaran peserta), bas bergerak kira-kira jam 8.00 pagi ke Taman Botani. Di sana peserta mendapat taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan antaranya mencari 20 jenis pokok dan nama saintifiknya, melakar tumbuhan yang disukai serta mencari nama saintifiknya, membuat pemerhatian tentang jenis haiwan yang terdapat di Taman Botani. Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing bagi mencari keserasian antara mereka. Aktiviti berakhir dengan pembentangan dari setiap kumpulan.

Pada pukul 10.30 pagi bas membawa peserta ke Taman Wetlands. Di sana peserta berpeluang menaiki menara setinggi 80 meter. Ini bertujuan untuk menambah keyakinan diri dan semangat waja dalam diri peserta. Kemudian mereka dibawa untuk melihat keindahan tasik yang terdapat pelbagai spesis milky stork dan flamingo yang bermigrasi dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Mereka juga berpeluang untuk masuk ke Pusat Interaktif Penghayatan Alam di Taman Wetlands dan menjalani pelbagai aktiviti hand off dan mind off di dalamnya. Kira-kira jam 12.00 tengahari peserta menikmati makanan tengah hari.

Pada jam 1.00 petang peserta dibawa menaiki bas ke Masjid Putra untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Jam 2.30 bas bergerak ke destinasi yang terakhir iaitu Taman Warisan Pertanian. Peserta disambut mesra oleh kakitangan yang bertugas. Petugas memulakan dengan sesi taklimat ringkas berkaitan pokok-pokok yang terdapat di taman tersebut. Peserta juga turut didedahkan dengan cara-cara menoreh getah, memproses susu getah untuk menjadi kepingan-kepingan yang biasanya dijual untuk pengilang. Akhir sekali peserta dapat merasa buah-buahan yang terdapat di taman tersebut.

Aktiviti berakhir jam 5.00 petang dan bas membawa peserta pulang ke SKTPP. Semoga pengalaman manis ini sentiasa menjadi ingatan pada para peserta yang terlibat.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam lawatan penghayatan alam bergambar di Taman Botani

Penerangan tentang buah ciku oleh Pegawai Pertanian yang bertugas.

Pusat Interaktif Taman Wetlands, Putrajaya
Pembuatan susu cair getah yang dijadikan kepingan simulasi dijalankan oleh En Safwan.
Ice breaking yang dijalankan di Taman Botani

No comments:

Post a Comment