Monday, November 13, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor 2017

Tanggal 13 November 2017 [Isnin], Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, sekali lagi terserlah dengan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah dinobatkan sebagai Naib Johan Peringkat Negeri Selangor 2017 bagi kategori pengurusan unit uniform sekolah rendah. Penganugerahan tesebut telah diterima semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum [AKK] Peringkat Negeri Selangor 2017 yang telah diadakan pada :

            Tarikh   : 13 November 2017
             Hari      : Isnin
           Tempat  : Hotel Goldcourse, Klang.

Majlis dirasmikan oleh Encik Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor. Puan Grace a/p Danaraj selaku Setiausaha dan Kakak Setia Pasukan Tunas Puteri Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bersama Amirah Syazana bt Samsuri, ahli pasukan Tunasĺ Puteri 2017 telah hadir untuk menerima anugerah tersebut. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-guru pembimbing Pandu Puteri Tunas, semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dan ahli-ahli pasukan Pandu Puteri Tunas atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelbagai aktiviti Pandu Puteri Tunas sepanjang sesi 2017. Semoga pasukan Pandu Puteri Tunas sekolah kita akan dapat meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang.

Amirah Syazana bt Samsuri menerima Anugerah Naib Johan Pasukan Badan Uniform daripada Encik Shashim Shah bin Harun, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor

Anugerah yang diterima
Bergambar kenangan bersama Encik Shashim Shah bin Harun

 Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bersama penerima anugerah tempat ketiga Pasukan Badan Beruniform dari SK Bandar Baru Sri Damansara dengan
 En. Shashim Shah bin Harun
Rasa bangga dan syukur dengan anugerah yang diterima

 

Guru Besar mengabadi kenangan bersama medal dan sijil yang diterima

No comments:

Post a Comment