Tuesday, November 14, 2017

Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum (HACK)

Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum (HACK) SK Taman Putra Perdana 2017 telah diadakan pada hari Selasa - 14 November 2017 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana bermula dari jam 8.00 a.m hingga 1.20 p.m. Majlis telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz bin Mohamad; Penyelia Kokurikulum PPD Sepang.

Anugerah Kokurikulum merupakan kemuncak aktiviti kokurikulum 2017. Program ini bertujuan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum dan yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Sepanjang tahun 2017 pelbagai aktiviti telah disertai oleh murid dan ada yang mencapai kejayaan yang membanggakan. 

Program ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada pihak sekolah untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru yang telah memberikan sokongan padu dan sumbangan sepanjang tahun 2017 membimbing pasukan sekolah. Majlis seumpama ini diharap dapat menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam kokurikulum dan sukan secara aktif dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kemenangan dalam setiap penyertaan.

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua pihak dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua aspek kemenjadian murid.

Selain itu majlis ini juga menyaksikan penyerahan sijil penghargaan kepada murid-murid yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang selaku Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu), Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Sahabat PPDa, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Anugerah Nilam dan sebagainya. 

Klimaks acara adalah majlis penganugerahan Anugerah Kesatria HACK milik Muhammad Asyraf bin Azmi; jaguh kriket SKTPP. Tahniah Asyraf!

Berikut adalah rakaman gambar sepanjang program berlangsung.

SESI RAPTAI PENUH ISNIN 13 NOVEMBER 2017

PERSIAPAN TEMPAT DAN SIJIL PENGHARGAAN

KETIBAAN VIP DAN TETAMU JEMPUTAN

PENGACARA MAJLIS PADA HARI TERSEBUT DARI KANAN EN. AHMAD ZUBAIR, EN.NOR AMIRULFITRI, DAN PUAN NORHAYATI

UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA PUAN HAJAH ROHAIDAH BINTI MOHD ALI, GURU BESAR SKTPP

UCAPAN YDP PIBG SKTPP, TUAN HAJI KHAIRUL AZHAR BIN MOHAMMAD SUFFIAN

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS OLEH ENCIK ABDUL AZIZ BIN MOHAMAD,
PENYELIA KOKURIKULUM PPD SEPANG.
MURID-MURID YANG MENERIMA HADIAH DAN SIJIL PENGHARGAAN

PERSEMBAHAN DARIPADA MURID-MURID SKTPP SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA OLEH GURU BESAR KEPADA GURU-GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM 

PENYAMPAIAN CENDERAMATA OLEH EN ABD AZIZ B.HJ MOHAMAD KEPADA GURU-GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM

PENERIMA ANUGERAH SINAR KESATRIA HACK SKTPP 2017; MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMI, WIRA KRIKET SKTPP BERSAMA IBU BAPANYA DAN PENTADBIR SEKOLAH SERTA YDP PIBG

GAMBAR KENANGAN GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM  BERSAMA PENTADBIR





DISEDIAKAN OLEH : NOR ATHIRAH AMANI BINTI MUHAMAD ABDUL WAHAB

No comments:

Post a Comment