... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 15, 2017

Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang 2017


Program   :  Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang 2017
Tarikh      :  15 November 2017
Masa        :  8.00 pagi  - 5.00 petang
Tempat     :  Padang SK Taman Putra Perdana

Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang telah diadakan pada hari Rabu, 15 November 2017 bertempat di Padang SK Taman Putra Perdana. Penganjuran karnival ini berobjektifkan:
  • Melahirkan murid yang sihat tanpa ancaman DARVIH.
  • Menjalin hubungan baik antara guru dan murid serta memenuhi masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Menggalakkan penglibatan secara aktif sekolah-sekolah Daerah Sepang dalam aktiviti gaya hidup sihat.
  • Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan memperkasakan guru-guru dalam memenuhi kehendak aspirasi negara.
 Sebanyak 10 pasukan dari beberapa buah sekolah di Daerah Sepang telah menyertai perlawanan persahabatan yang bertemakan   generasi sihat tanpa DARVIH  ini. Pasukan-pasukan tersebut ialah:
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
  • Sekolah Kebangsaan Taman Seroja
  • Sekolah Kebangsaan Dengkil (Team A)
  • Sekolah Kebangsaan Dengkil (Team B)
  • Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
  • Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (Team A)
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (Team B)
  • Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (Team C)
Kehadiran wakil-wakil pasukan sekolah yang terlibat pada awal pagi menyemarakkan lagi semangat para peserta untuk beraksi di tengah padang.

Sesi pendaftaran peserta

Bergambar kenangan dengan Guru Besar dan AJK terlibat.

Kehadiran guru pengiring untuk pendaftaran disambut mesra oleh tuan rumah

Mendaftar nama di meja urus setia.

Wakil dari dua buah sekolah sedang mendaftar nama.

Sebelum memulakan perlawanan, para peserta berkumpul di gelanggang badminton dan mendengar ucapan daripada Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Antara lain amanat beliau ialah mengharapkan  peserta-peserta akan bermain dengan penuh semangat kesukanan dan  terus cemerlang dengan amalan hidup bebas daripada pengaruh dadah.  Seterusnya taklimat ringkas disampaikan pula oleh pengurus program iaitu Encik Ahmad Musrizwan bin Daud.

Pengacara majlis, Pn Nik Rosmaliza memulakan ucapan.

Puan Hajah Rohaidah menyampaikan ucapan.

Penyelaras program, Encik Ahmad Musrizwan  menyampaikan taklimat ringkas

Para peserta karnival tekun mendengar ucapan dan taklimat yang disampaikan.

Keadaan cuaca yang baik, cerah dan berangin  pada pagi dan tengah hari turut menyumbang kepada kelancaran perlawanan yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi iaitu seusai guru-guru pengiring menikmati sarapan pagi yang disediakan di kantin sekolah.

Aktiviti memanaskan badan oleh para peserta

Pemain dari dua buah sekolah sedang berentap di tengah padang.

Beberapa pasukan awal yang bertanding, akhirnya telah berjaya menamatkan perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi.  Tepat jam 11.00 hingga 11.30 pagi para peserta berehat seketika untuk menikmati sarapan pagi. Usai jam 11.30 pagi, karnival bola sepak  disambung semula dengan perlawanan antara pasukan-pasukan yang belum berentap di tengah padang.

Pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang, para pemain serta guru-guru pengiring masing-masing mula dibenarkan rehat untuk makan tengah hari serta menunaikan solat zohor. Selepas itu, perlawanan bola sepak disambung semula dari jam 2.00 hingga 4.00 petang oleh  pasukan-pasukan yang seterusnya.

Menunggu giliran untuk mengambil makanan.

Kesempatan yang ada pada waktu rehat tersebut telah digunakan oleh para peserta bola sepak untuk mengunjungi Bilik PPDa yang menawarkan pelbagai informasi berkaitan dadah.  Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bermain permainan yang disediakan di bilik tersebut.  Hal ini secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan mereka selain berseronok. Sahabat PPDa yang bertugas telah memberikan serba sedikit maklumat kepada para pengunjung.

Bergambar kenangan di Bilik Sumber PPDa

Memasuki ruang lukisan 3D

Merakam kenangan di ruang informasi PPDa

Murid  membaca maklumat dengan penuh minat

Bergambar kenangan di luar Gate 1, Bilik Sumber PPDa

Majlis Perasmian Penutupan  bagi Karnival Bola Sepak Daerah Sepang 2017 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd. Ghazali bin Haji Anuar, Penolong Pengarah Unit PPDa, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Beliau yang diiringi oleh Puan Guru Besar turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada pasukan-pasukan yang telah menjuarai perlawanan bola sepak antara sekolah-sekolah Daerah Sepang dalam karnival ini.

Guru Besar dan PK HEM bergambar kenangan dengan tuan perasmi.

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah.

Ucapn oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali.

Ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Hj. Ghazali bin Anuar,
Penolong Pengarah PPDa, JPN Selangor.

Bergilir-gilir menerima kalungan medal oleh tuan perasmi.

Penyampaian sijil dan medal kepada pemenang.

Terpamer senyuman bangga atas kemenangan yang diperoleh.

Penyampaian piala kemenangan kepada wakil pasukan juara.

Karnival yang cukup meriah dan penuh dengan semangat kesukanan pada hari ini berakhir pada jam 5.00 petang.  Walaupun hujan lebat membasahi bumi pada petang ini namun karnival yang dijalankan pada hari ini berakhir dengan jayanya. Adalah diharapkan karnival seperti ini akan dilangsungkan lagi pada tahun-tahun akan datang lantaran mempunyai impak yang baik terhadap penyuburan  gaya hidup sihat tanpa DARVIH dalam diri para peserta di samping mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara sekolah-sekolah di Daerah Sepang. Ia juga dapat menjadi ruang untuk mencungkil bakat-bakat baru sukan bola sepak daerah Sepang.

Lagi laporan Karnival Bola Sepak PPDa Daerah Sepang dalam blog PPDa di sini.

"HIDUP CERGAS TANPA DARVIH"
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

No comments:

Post a Comment