Wednesday, November 22, 2017

Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah 2017

Rabu, 22 Nov - Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) dan Graduasi Prasekolah 2017 dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu jemputan iaitu En Mohd Rosli bin Badri, Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah (Murid), Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga murid sebagai pendorong kejayaan anak-anak mereka.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian murid dalam bidang akademik. Antara anugerah yang telah disampaikan adalah:
  • Graduasi Prasekolah
  • Penyampaian Anugerah Khas
i.      Anugerah PPKI
ii.     Anugerah Pemulihan Khas
iii.    Anugerah Tokoh Nilam 
  • Anugerah Kecemerlangan Sinar
i.      Anugerah Sinar Bestari (Akademik)
        (Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini)

ii.     Anugerah Sinar Nurani (Sahsiah)
        (Ainul Munirah binti Mohammad Asri)

iii.    Anugerah Sinar Kesatria (Kokurikulum)
        (Amirah Syazana binti Samsuri)
  • Anugerah Tokoh Perdana 
i.     Anugerah Tokoh Bitara
       (Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini)
  • Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik dalam Kelas
  • Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik dalam Pelajaran
Di bawah disertakan gambar sepanjang majlis berlangsung :

Sepanjang sesi pendaftaran kehadiran semua penerima anugerah dan ibu bapa murid

Ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali,
Guru Besar SKTPP

Ucapan Tn Hj Mohammad Rahmat bin Sahman,
NYDP PIBG SKTPP

Ucapan perasmian oleh En. Mohd Rosli bin Badri, Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah (Murid) PPD Sepang

Barisan Pentadbir SKTPP bersama tetamu VIP

Graduasi Prasekolah

Penerima Anugerah Tokoh Bitara dan Anugerah Sinar Bestari (Akademik) -
Hurin Batrisyia Amani bt Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini

Penerima Anugerah Tokoh Nilam dan Anugerah Sinar Kesatria (Kokurikulum)
 - Amirah Syazana bt Samsuri

Penerima Anugerah Sinar Nurani (Sahsiah):
Ainul Munirah bt Mohammad Asri

Antara penerima anugerah pencapaian akademik terbaik
dalam kelas dan matapelajaran

Antara ibubapa/penjaga penerima anugerah yang hadir

Persembahan Murid

Barisan guru selaku AJK HAC 2017

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah pada tahun ini. Semoga kita berjumpa lagi pada sesi tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment