Monday, November 20, 2017

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah 2017

Buat pertama kalinya, Unit Pengawas Sekolah telah mengadakan majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah 2017 pada 20 November 2017 (Isnin) di Kantin SKTPP pada pukul 12.00 tengah hari. Juru acara majlis ini ialah Puan Yani bt Mohd Sharif selaku Penolong Ketua Unit Pengawas Sekolah. Objektif mengadakan jamuan ini ialah:
  1. Menghargai jasa dan khidmat mereka kepada sekolah sepanjang tahun 2017.
  2. Merapatkan hubungan di antara pentadbir, guru dan pengawas sekolah.
  3. Sebagai kenangan manis buat semua pengawas sekolah.

Ia dimulakan dengan ucapan Guru Besar, Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali. Beliau menyatakan bahawa pengawas adalah ciri-ciri model murid yang baik kepada murid-murid yang lain. Oleh itu, pengawas harus berbangga kerana telah dipilih untuk menjadi pengawas. Selain itu, beliau turut melahirkan ucapan terima kasih dan mohon maaf atas kekurangan dari pihak guru sepanjang mereka berkhidmat menjadi pengawas. Akhir kata, beliau mendoakan agar semua pengawas berjaya di dunia dan akhirat.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Rusyaidi bin Bakri. Akhir sekali, semua pengawas beratur mengambil makanan dan minuman masing-masing. Manakala pentadbir sekolah dan guru pengawas juga turut menjamu selera.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung: 

Kad jemputan kepada Pentadbir dan Guru Pengawas
Semua pengawas sudah mengambil tempat masing-masing

Guru-guru Pengawas menyediakan makanan
Hidangan makanan untuk pengawas sekolah
Ucapan Guru Besar, juru acara majlis dan bacaan doa oleh wakil pengawas sekolah

Semua pengawas sedang menjamu selera
Pentadbir dan guru-guru pengawas turut menjamu selera bersama murid pengawas
Gambar kenangan Unit Pengawas 2017 bersama pentadbir sekolah
Jamuan ini selesai pada pukul 1.30 petang. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru Unit Pengawas kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Diharapkan agar program ini akan diteruskan pada tahun hadapan agar dapat menyuntik semangat pengawas-pengawas sekolah agar dapat berkhidmat dengan lebih baik untuk murid dan sekolah.

No comments:

Post a Comment