Tuesday, May 10, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE -18

Hari : Isnin

Tarikh : 9 Mei 2011

Masa : 6.10 – 6.45 petang

GURU BERTUGAS

  1. Pn. Arjunawati
  2. Pn. Rozana
  3. Pn. Norhayati
  4. Pn. Salmi
  5. Pn. Norsabariah
  6. Pn. Parimala
  7. En. Wan Mohd. Roswandy

LAPORAN / ULASAN

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.

2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Aniq Iqbal

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Arjunawati

4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aiman Danial.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS ( PN. FADHILAH )

  1. Murid yang demam hendaklah berehat di rumah.
  2. Murid dilarang berlari terutama semasa berada di dalam kelas untuk mengelakkan kemalangan.
  3. Basikal hendaklah dikunci supaya tidak berlaku kecurian.

PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH

Penyampaian sijil kelas terbersih.

  1. 1 Beta
  2. 2 Alza
  3. 3 Cengal

LAPORAN GURU BERTUGAS ( PN. ARJUNAWATI )

  1. Tema perhimpunan pada minggu ini ialah ’ Tumpuan belajar di dalam kelas ’. Murid harus memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan tidak bermain atau bercakap sewaktu guru sedang mengajar.
  2. Kelas Tasmek untuk tahun 1, 2 dan 3 serta aktiviti kokurikulum tidak dijalankan pada minggu ini kerana minggu peperiksaan.
  3. Murid yang ingin membeli majalah Asuh boleh berjumpa Pn. Ezza Hairani di hadapan Gerbang Minda pada waktu rehat.
  4. Jualan Sempena Hari Guru akan dijalankan bermula pada hari Selasa ( 10 Mei 2011) di bilik Kemahiran Hidup pada waktu hadir sekolah dan waktu rehat masing-masing.

LAWAD hari ini:

Bahasa Melayu – Mengelap- menyapu atau mengeringkan dengan kain.

Bahasa Inggeris – seat – tempat duduk

Bahasa Arab – Ghurfatun – bilik tidur

UCAPAN GURU DISIPLIN ( PN. YANI )

  1. Semua murid harus bertanggungjawab menyusun kerusi dan meja di kelas masing-masing sebelum peperiksaan.
  2. Pakaian pendidikan jasmani yang dibenarkan ialah seluar sukan warna biru gelap atau hitam sahaja dan baju t-shirt sekolah atau putih sahaja. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar supaya lebih kemas.
  3. Murid harus menjaga tingkah laku sewaktu di dalam kelas dan tidak mencederakan murid lain.
  4. Bahan-bahan lucah seperti majalah atau cakera padat adalah dilarang di sekolah. Murid tidak dibenarkan membaca atau membawanya ke sekolah.

Disediakan oleh : Pn Rozana

No comments:

Post a Comment