Wednesday, May 11, 2011

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Tingkatan 1 (Satu) Sekolah Seni Malaysia 2012 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2011 adalah melalui sistem online eSSeM yang akan bermula pada 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011. Sila klik di sini untuk mengisi borang tersebut.


Syarat Kemasukan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian - seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater
  3. Lulus Uji Bakat
  4. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011

Maklumat Am:

  1. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 27 Jun 2011
  2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat




Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
1. En. Abdul Haleem bin A Rahman 03-8884 1020
    Emel: haleem.rahman@moe.gov.my

2. Pn Yasmin Binti Kamarudin 03-8884 1176
    Emel: yasmin.kamarudin@moe.gov.my

No comments:

Post a Comment