Murid 2013

... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370 ... PRAY FOR MH370

Saturday, May 21, 2011

TAKLIMAT PBS KSSR





Untuk memastikan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berada di landasan yang betul, Sekolah Taman Putra Perdana telah menganjurkan sesi taklimat dan perbengkelan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR pada 21 Mei 2011 (Sabtu) yang telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Seramai 92 orang guru dari sekolah-sekolah berhampiran telah turut sama menyertai sesi taklimat dan perbengkelan ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah:


  1. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2

  2. Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

  3. Sekolah Kebangsaan Cyberjaya

  4. Sekolah Kebangsaan Dengkil

  5. Sekolah Kebangsaan Kota Warisan

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zunaidi b. Jinalabdin. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Machitah bt. Zakaria (PPD Sepang). Sesi perkongsian dikendalikan oleh En. Sukimin Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. En. Johari bin Ahmad dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor turut hadir menyertai taklimat ini.


Taklimat mengenai pengenalan PBS: Konsep Standard Prestasi dan Penggunaannya dalam Pentaksiran Sekolah telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Puan hjh. Norzila Mohd Yusof.







Sistem Aplikasi PBS (LPM) telah diterangkan dengan lebih lanjut oleh En. Azam Shah Bin Osman dan En. Mohammad Firdaus Bin Othman dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Diakhir taklimat ini, telah diadakan sesi perbengkelan untuk subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah dikendalikan oleh beberapa orang pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu En. Arman Bin Hj. Sapuan, En. Mohammad Firdaus Bin Othman, Pn. Rubiah Binti Dalail, Pn. Rosmawaty Binti Mohamed, En. Suhaimi dan Pn. Zubaidah Bt Md Yusof.


Sambutan dan maklum balas yang ditunjukkan oleh para guru sangat menggalakkan. Pihak SK Taman Putra Perdana berharap agar taklimat yang diadakan ini dapat dijadikan satu medium penyebaran informasi untuk guru-guru melaksanakan tugas di sekolah serta ruang buat guru bertemu rakan setugas dan berkongsi idea.


Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Ucapan alu-aluan oleh Pn. Machitah bt. Zakaria dari PPD Sepang













Sesi perkongsian maklumat mengenai PBS KSSR oleh En. Sukimin Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana


En. Johari bin Ahmad dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor










Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Puan hjh. Norzila Mohd Yusof



Sistem Aplikasi PBS (LPM) telah diterangkan oleh En. Azam Shah Bin Osman




Sesi perbengkelan


1 comment:

  1. Terima kasih diucapkan kepada En. Sukimin atas jemputan kepada SK Kota Warisan.

    ReplyDelete