Monday, May 16, 2011

Hari Guru 2011

“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


Tanggal 16 Mei digazetkan sebagai Hari Guru. Hari ini sambutannya di sekolah ialah dengan pembacaan teks ucapan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Mengikut perancangan awal, sesi petang akan melalui agenda yang sama di samping mempertontonkan siaran secara langsung ucapan Menteri Pelajaran namun terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.

Acara pada waktu pagi dimulai dengan acara perhimpunan rasmi sekolah.  Puan Siti Habsah bt Ahmad selaku Penolong kanan telah membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran.


Berikut adalah ringkasan daripada perutusan Ketua Pengarah Pelajaran yang dibaca oleh Puan Siti Habsah:


1.  Tema hari guru ’Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Hari Guru mula disambut pada tahun 1972, sebagai peghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh negara.
2.  Pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat. Guru adala sebagai agen perubahan yang mencorak sesebuah negara.
3.  Transformasi pendidikan (MBBM-MBBI, KSSR, 1M1S) tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan oleh para guru. Harapannya agar semua warga pendidik dapat bersedia dengan segala perubahan dalam sistem pendidikan negara.
4.  Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara. Ini terbukti dengan wujudnya Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Integrasi, KWAMP, Skim baucer tuisyen dan banyak lagi. Ini menunjukkan semua golongan berpeluang untuk belajar dengan sempurna.
5.  Untuk memastikan kualiti guru, semua bakal guru pelatih diwajibkan menghadapi berbagai-bagai ujian kelayakan seperti M-Test, dan banyak lagi sebelum mereka layak dipilih memasuki Institut-Institut Perguruan (IPG).
6.  Guru mestilah sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran serta isu persekolahan dengan penuh tabah dan kesabaran.
7.  Sesungguhnya seperti kata Saidina Ummar ’Semulia-mulia manusia adalah sesiapa yang menjaga adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, bersikap adil ketika kuat’. Renung-renungkanlah.



Untuk paparan penuh perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sila klik di sini



Manakala Tuan Guru Besar Encik Sukimin bin Juki telah membacakan perutusan daripada Perdana Menteri Malaysia.


Ini adalah ringkasan daripada perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak :





1. Tema
Guru merupakan pemangkin transformasi negara. Tanpa guru, tiadalah pendidikan sesuatu negara tersebut.

2. Ibu Zain
Nama sebenarnya ialah Hjh. Zainon binti Munshi Sulaiman, beliau mempunyai kesedaran mengenai pendidikan dan memberikan ilmu pada masyarakat pada ketika itu. Atas kesedaran inilah beliau telah berjaya menubuhkan sebuah sekolah di Pasoh Jaya, Negeri Sembilan, dan menubuhkan sekolah agama petang pertama untuk kaum wanita. Pada zaman pendudukan Jepun, beliau membantu memulihkan semangat para wanita yang terpengaruh dan teraniaya oleh tentera Jepun.

3. NKRA
KPM telah melancarkan berbagai-bagai dasar dan program untuk mentransformasi sistem pendidikan negara agar releven pada masa kini. Hasil dari transformasi ini, telah pun dapat dilihat, seperti peningkatan jumlah murid yang mendaftar ke pra sekolah dan banyak lagi.


4. 1Malaysia

Pendidikan adalah untuk meningkatkan prestasi hidup untuk semua, tidak kira bangsa, agama mahupun keturunan. Guru mampu menyemai perpaduan antara semua kaum. Guru perlu memelihara tingkahlaku dan peribadi untuk memastikan profesion perguruan sentiasa dipandang tinggi.









Perhimpunan diakhiri dengan ucapan ’Selamat Hari Guru’ dan ’Terima Kasih Cikgu’ oleh semua murid SKTPP.


No comments:

Post a Comment