... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 16, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 19 (SESI PAGI)

Hari : Isnin

Tarikh : 16 Mei 2011

Masa : 7.30 pagi- 8.30 pagi

GURU BERTUGAS

  1. Pn. Norasmawati
  2. Pn. Nor-Azura
  3. Pn. Pn Salwana
  4. Pn. Maimunah
  5. Pn. Halimatun
  6. En. Musrizuan
  7. En. Zaidi

LAPORAN / ULASAN

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Astina.

2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Norasmawati

4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Hafiz.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS ( PN. ZAINON )

  1. Murid yang masuk melalui Pintu Pagar B, hendaklah terus masuk ke kawasan sekolah sejurus selepas sampai ke sekolah. Masih ramai murid yang berlegar-legar di luar kawasan sekolah setelah sampai pada waktu pagi.
  2. Murid-murid tahun 4 dan 5 terlalu bising ketika waktu rehat, keadaan ini agak mengganggu sesi P&P murid-murid tahun 6. Murid-murid dinasihatkan supaya membuat aktiviti yang lebih berfaedah selepas makan pada waktu rehat, seperti membaca buku dan mengulangkaji pelajaran.

PENGUMUMAN KELAS TERBERSIH

Penyampaian sijil kelas terbersih.

4- Tiung

5- Xenix

6- Carnation

UCAPAN GURU BERTUGAS ( PN. NORASMAWATI)

  1. Tema perhimpunan pada minggu ini ialah ’ Saya Benci Sampah ’. Murid harus menjaga kebersihan sepanjang masa. Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah selepas makan di kantin, bukan sekadar meninggalkan sampah di atas meja.
  2. Sambutan Hari Guru akan diadakan pada hari Khamis 19 Mei 2011. Ko-kurikulum di batalkan tetapi semua guru bertugas seperti biasa pada hari Rabu.

LAWAD hari ini:

Bahasa Melayu – Ketara; nyata, jelas kelihatan

Bahasa Inggeris – computer; komputer

Bahasa Arab – Adawatun Manziliyatun; peralatan rumah

PERUTUSAN HARI GURU 2011 OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN (PN.SITI HABSAH)

  1. Tema hari guru ’Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Hari Guru mula disambut pada tahun 1972, sebagai peghargaan kepada semua warga pendidik di seluruh negara.
  2. Pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat. Guru adala sebagai agen perubahan yang mencorak sesebuah negara.
  3. Transformasi pendidikan (MBBM-MBBI, KSSR, 1M1S) tidak akan berjaya sekiranya tiada sokongan oleh para guru. Harapannya agar semua warga pendidik dapat bersedia dengan segala perubahan dalam sistem pendidikan negara.
  4. Tiada istilah diskriminasi dalam sistem pendidikan negara. Ini terbukti dengan wujudnya Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Integrasi, KWAMP, Skim baucer tuisyen dan banyak lagi. Ini menunjukkan semua golongan berpeluang untuk belajar dengan sempurna.
  5. Untuk memastikan kualiti guru, semua bakal guru pelatih diwajibkan menghadapi berbagai-bagai ujian kelayakan seperti M-Test, dan banyak lagi sebelum mereka layak dipilih memasuki Institut-Institut Perguruan (IPG).
  6. Guru mestilah sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran serta isu persekolahan dengan penuh tabah dan kesabaran.
  7. Sesungguhnya seperti kata Saidina Ummar ’Semulia-mulia manusia adalah sesiapa yang menjaga adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, bersikap adil ketika kuat’. Renung-renungkanlah.

PERUTUSAN HARI GURU 2011 OLEH MENTERI PELAJARAN MALAYSIA (EN.SUKIMIN BIN JUKI)

Secara keseluruhan, perutusan tersebut bolehlah dibahagikan kepada 4 perkara penting:

1. Tema

Guru merupakan pemangkin transformasi negara. Tanpa guru, tiadalah pendidikan sesuatu negara tersebut.

2. Ibu Zain

Nama sebenarnya ialah Hjh. Zainon binti Munshi Sulaiman, beliau mempunyai kesedaran mengenai pendidikan dan memberikan ilmu pada masyarakat pada ketika itu. Atas kesedaran inilah beliau telah berjaya menubuhkan sebuah sekolah di Pasoh Jaya, Negeri Sembilan, dan menubuhkan sekolah agama petang pertama untuk kaum wanita. Pada zaman pendudukan Jepun, beliau membantu memulihkan semangat para wanita yang terpengaruh dan teraniaya oleh tentera Jepun.

3. NKRA

KPM telah melancarkan berbagai-bagai dasar dan program untuk mentransformasi sistem pendidikan negara agar releven pada masa kini. Hasil dari transformasi ini, telah pun dapat dilihat, seperti peningkatan jumlah murid yang mendaftar ke pra sekolah dan banyak lagi.

4. 1 Malaysia

Pendidikan adalah untuk meningkatkan prestasi hidup untuk semua, tidak kira bangsa, agama mahupun keturunan. Guru mampu menyemai perpaduan antara semua kaum. Guru perlu memelihara tingkahlaku dan peribadi untuk memastikan profesion perguruan sentiasa dipandang tinggi.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan ’Selamat Hari Guru’ dan ’Terima Kasih Cikgu’ oleh semua murid SKTPP.

Disediakan oleh, Pn. Nor-Azura Mustafa

No comments:

Post a Comment