... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, May 21, 2011

MAJLIS PERPISAHAN GURU PENOLONG KANAN PETANG

Pada hari Jumaat, 20 Mei 2011, Sekolah telah meraikan majlis perpisahan bagi guru Penolong Kanan Petang, puan Siti Hanim Binti Sungit yang akan meneruskan perjuangan di SK Taman Putra Perdana 2 sebagai Penolong Kanan Kurikulum. Majlis perpisahan bersama murid telah diadakan pada pukul 2.20 petang dengan sesi bersalaman antara Puan Siti Hanim dengan semua murid tahun 1, 2 dan 3.

Majlis perpisahan bersama guru turut diadakan melibatkan semua guru sesi petang. Majlis yang berlangsung jam 3.50 petang itu dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Zunaidi dan seterusnya ucapan daripada wakil guru, Puan Suzana dan Guru Besar Sekolah, En Sukimin Bin Juki. Puan Siti Hanim yang diraikan juga berkesempatan memberi ucapan ringkas yang penuh makna. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada Penolong Kanan Petang. Sesi bergambar semua guru sesi petang bersama puan Siti Hanim juga telah diadakan selepas waktu persekolahan sesi petang.










1 comment:

  1. Selamat meneruskan perjuangan, Hanim. Pn. Siti Hanim pernah menjadi GPK HEM saya semasa saya menjadi GB di SK (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya pada tahun 2001 - 2002 dulu. Komitmen beliau sangat jelas. Tahniah2!

    ReplyDelete