Murid 2013

... SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SKTPP... SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SKTPP... SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SKTPP... SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SKTPP... SELAMAT BERCUTI BUAT WARGA SKTPP

Tuesday, April 17, 2012

KURSUS VLE 1BESTARINET: FROGASIA.COM

Untuk maklumat lanjut klik di sini

Pada 16 April 2012 (Isnin) telah dijalankan kursus Virtual Learning Environment (VLE) Frogasia.com di SK Taman Putra Perdana.  Kursus ini diadakan berikutan  SKTPP dipilih sebagai sekolah rintis bersama 5 sekolah lain untuk menggunakan aplikasi Frogasia ini.


Semua guru SKTPP terlibat dalam kursus LADAP yang dijalankan secara 2 sesi seperti berikut:
Guru Sesi Petang (10.30 – 12.30 tengah hari)
Guru Sesi Pagi     (1.30 – 3.30 petang)
Lokasi kursus di  Makmal  komputer 1, Makmal komputer 3 dan Bilik Mesyuarat

Kursus ini telah dikendalikan oleh pasukan YTL Communications yang diketuai oleh Puan Tong Oi Kuan bersama 11 rakan sekerja dibantu oleh pasukan Frogasia sekolah.

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk:
1.      Memperkenalkan VLE Frogasia di bawah projek 1Bestarinet.
2.      Memberi latihan membina bahan melalui laman http://putraperdana.frogasia.com
3.      Membina laman frogasia untuk diri sendiri.

Paparan gambar sepanjang aktiviti kursus:

Kursus di Makmal Komputer 1 semasa sesi guru petang

Kursus di Makmal Komputer 3 

Puan Aznita tekun membina laman sendiri

Encik Shahrizal sedang mengedit laman peribadinya

Puan Tong sedang memberi penerangan

Encik Adam turut membantu memberi penjelasan

Guru-guru diberi peluang menerokai sendiri laman web frogasia



Kursus yang dijalankan di Bilik Mesyuarat untuk guru-guru sesi pagi


Puan Nor-azura membantu guru-guru






Hasil daripada kursus ini, para guru telah mendapat penambahan ilmu terutama dalam bidang pendidikan.  Adanya Frogasia.com ini akan dapat menyediakan para guru untuk menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran, sejajar dengan perubahan dunia kini.

Pendedahan kepada murid juga akan dilakukan secara berperingkat dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment