... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 2, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 12 (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 2 April 2012
Masa : 7.30 - 8.15 pagi

Guru Bertugas :
1. En Hazim bin Harun
2. En Pazli bin Nawawi
3. Pn Zainur Jimah bt Abdullah
4. Pn Norhamizah bt Hamzah
5. Pn Nik Kamisah bt Mohd Aziz
6. Pn Saadiah bt Busrah
7. Pn Nor Azura bt Mustafa
8. Pn Norsiah bt Mohd Noor

Laporan/ Ulasan guru bertugas (Pn. Linda bt Adam)
1. Murid yang menggunakan Tangga UUM dinasihatkan untuk tidak membuat bising semasa menggunakan tangga tersebut kerana ia akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas berdekatan.
2. Murid-murid juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan kerana ramai dikalangan mereka didapati tidak sihat. Murid juga dinasihatkan untuk berehat dirumah sekiranya mereka sakit.
3. Teguran juga dibuat terhadap murid yang sering bermain dikawasan parkir kereta kerana ia boleh mengundang kemalangan.
4. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 4
Pertama - Meranti
Kedua - Jati
Ketiga - Balau
Tahun 5
Pertama - Kelicap
Kedua - Tiung
Ketiga - Merak
Tahun 6
Pertama - Xenix
Kedua - Windows
Ketiga - Palm

Ucapan wakil guru bertugas (Pn. Zainur Jimah bt Abdullah)
1. Tema minggu ini : Gaya Hidup Sihat
1.1 Menjaga kebersihan diri untuk memastikan tahap kesihatan diri yang baik.
1.2 Bersenam untuk meningkatkan dan memastikan tubuh badan yang sihat.
1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
1.4 Mengamalkan gaya hidup sihat dan menggelakkan diri dari kegiatan yang tidak bermoral.
1.5 Selain dari itu teguran juga dibuat terhadap tatacara semasa menaikkan bendera dimana murid dikehendaki berdiri tegak dengan tangan berada di sisi.

2. LAWAD
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab
mencemuh garbage Ruang makan

Pelancaran Program Membaca 2012 (Pn Nik Kamisah bt Mohd Aziz)

1. Telah dilaksanakan.
2. Dirasmikan oleh Pn Siti Habsah Ahmad.
Membaca dapat menambahkan ilmu dan percambahan minda.
Boleh diamalkan dimana-mana tidak terhad di dalam pusat sumber sahaja.
Setiap buku yang dibaca hendaklah dicatat dalam buku nilam.
Ganjaran istimewa iaitu sebuah basikal telah disediakan untuk murid yang membaca paling banyak buku.

Ucapan PK HEM (Pn. Jamilah bt Ariffin)

1. Membaca perutusan Y. Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar b. Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Hari Antidadah Kebangsaan.
Tujuan sambutan adalah untuk menunjukkan kita masih komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah.
Mengajak warga pendidik bersama-sama memerangi gejala dadah dan merealisasikan agenda kerajaan SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012 dan NEGARA BEBAS DADAH TAHUN 2015.
Tindakan pencegahah dan membenteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid.
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan bukan sahaja bermatlamat membenteras penyalahgunaan dadah tetapi turut memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pengumuman lain
a) Pn. Juli bt Mahbah
1. Program mentor-mentee akan dijalankan bermula 3 April 2012.
2. Mentor bagi setiap murid adalah guru kelas sendiri dan dibantu oleh seorang lagi guru.
3. Akan dijalankan 2 kali dalam sebulan.

b) Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Story Telling peringkat daerah Sepang.
1. Wakil : Divya Ranjana Suraindiran (6 Xenix)
2. Johan dan akan mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri pada 30 April 2012.


Disediakan oleh
Norsiah bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment